HomeIsu tempatanDatuk Sapawi Ahmad dipilih YDP USIA yang baharu Sesi 2022-2024

Datuk Sapawi Ahmad dipilih YDP USIA yang baharu Sesi 2022-2024

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Ketua bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dipilih sebagai Yang Dipertua USIA Sabah yang baharu bagi sesi 2022-2024 dalam mesyuarat agung ke-35 pertubuhan tersebut di Menara Usia 1 Borneo, semalam.

Bekas Ahli Parlimen Sipitang itu memperolehi undi sebanyak 135 mengenapikan dua pencabarnya Datuk Mohammad Yusof Apdal yang memperolehi 126 undi dan penyandang sebelum ini Datuk Sairin Karno yang hanya memperolehi 50 undi.

Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Ketua USIA bahagian Tungku, Abdul Hakim Gulam Hassan dipilih menduduki jawatan tersebut setelah menewaskan dua pencabarnya yang lain Datuk Seri Arsit Sedi dan Datuk Alipudin P Puyon.

Sepuluh orang menawarkan diri untuk jawatan Naib Yang Dipertua bagi mengisi lima jawatan naib yang dipertua dipilih dan mereka yang terpilih Madaile Basri, Prof Datuk Dr Kassim Mansur,Ad Junct Prpfessor Dr.Suhaili Riman, Datuk Arshad Idris dan Datuk Pg, Abdul Rahman Pengiran Digadong Muhammad Galpam.

Manakala jawatan Ketua Badan Wanita USIA yang mana penyandangnya Datuk Seri Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun yang hanya memperolehi 140 undi tewas di tangan Ketua Wanita Usia bahagian Kuala Penyu Datuk Siti Aminah Aching yang memperolehi 167 undi.

Bagi jawatan Ketua Belia seperti ramalan awal penyandang Jawatan tersebut Jamawi Jaafar berjaya mempertahankan jawatan tersebut dengan memperolehi 178 undi mengenepikan pencabarnya Salleh Jatil yang memperolehi undi 136.

Seramai 18 orang barisan Ahli Majlis tertinggi yang dipilih pada pemilihan kali ini mereka terdiri daripada Datuk Haji Matin Datuk Pandin, Amat Saruna, Zulpah Tun Datu Mustapha, Jumain Abdul Ghani, Ruslan Muharram, Yahya OKK Zainal, Datuk Zakaria Edris, Abd Kahar Abd Rahman, Nani Abah, Piduman Abdul Majid, Edul Mulud, Ustaz Senan Jipar, Ustaz Serubih Marimin, Ahmad Mohd said, Datuk Pengiran Saifuffin Pg Tahir, Rafaeh Enarji, Ustaz Danial @ Zainal Aliudin dan Nursuhana Abdullah.

Sementara itu ketika berucap menangguhkan mesyuarat agung tersebut Sapawi yang juga bekas Pengarah Yayasan Sabah berkata, barisan yang dipilih kali ini memikul satu amanah dan tanggungjawab besar dari para pewakilan dalam melaksanakan serta memperkasakan gerakan dakwah di Sabah.

Menurutnya tugas tersebut tidak mampu dilakukan secara berseorangan tanpa adanya sokongan serta kerjasama dari barisan tertinggi USIA selain dokongan dari seluruh ahli-ahli USIA di semua peringkat.

” Kita akan berkerja dan bergerak dalam satu pasukan dalam memperkasakan gerakan dakwah negeri ini selain turut memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan ekonomi dan kebajikan ahli-ahli Usia” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular