HomeUtamaElak ditangkap khalwat, Lelaki maut jatuh bangunan

Elak ditangkap khalwat, Lelaki maut jatuh bangunan

Read Time:1 Minute, 32 Second

CYBERJAYA — Gara-gara ingin melarikan diri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang, seorang lelaki ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban di hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi tadi, mangsa yang berusia 46 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, saksi iaitu kekasih kepada si mati berusia 37 tahun mendakwa, lelaki itu datang ke rumahnya pukul 12 tengah malam semalam selepas suaminya keluar dan bermalam di situ bersama tiga anak wanita berkenaan.

Katanya, pada pukul 10.30 pagi tadi semasa pasangan itu berada di ruang tamu, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah lantas menyedari kehadiran si mati. 

“Suami saksi mengunci pintu gril hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia menghubungi pihak polis.

“Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun, lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang pada bahagian koridor untuk berpaut turun,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Mispani berkata, saksi yang berada di ruang tamu hanya melihat si mati dari jauh sebelum terdengar bunyi dentuman di luar koridor. 

“Saksi melihat ke bawah dan mendapati lelaki tersebut telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.

“Pemeriksaan fizikal ke atas mayat si mati mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh dalam keadaan terhempap, lengan kiri mangsa juga patah,” katanya. 

Ujarnya lagi, saksi memberitahu mereka berkenalan pada 2005, namun, berpisah dan masing-masing mendirikan rumah tangga. 

Tambahnya, pada 2017, si mati bercerai dengan isterinya, lalu mencari semula saksi untuk menjalinkan semula hubungan walaupun mengetahui saksi telah berkahwin. 

“Hubungan si mati dengan saksi adalah secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi. 

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya