Read Time:32 Second
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-259 di Istana Negara Kuala Lumpur, pada Rabu.
Mesyuarat ini akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Terdahulu, pada Selasa, Ketua Menteri diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.