HomeUtamaHarga ayam tidak diapungkan, subsidi diteruskan - Ronald

Harga ayam tidak diapungkan, subsidi diteruskan – Ronald

Read Time:1 Minute, 17 Second

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya akan meneruskan subsidi selain menetapkan harga siling runcit ayam standard pada kadar RM9.40 bagi Semenanjung.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, mesyuarat jemaah menteri turut bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit bagi telur ayam di Semenanjung.

Katanya, harga siling runcit telur ayam ditetapkan pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, gred B (0.43 sen/biji) manakala gred C ditetapkan pada kadar 0.41 sen sebiji.

“Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur ini berkuatkuasa bermula pada Jumaat ini iaitu pada 1 Julai 2022.

“Keputusan ini juga telah mengambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini  melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Ronald berkata, seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,600 tahun ini dimana bantuan tersebut adalah tertinggi yang pernah diberikan oleh mana-mana kerajaan.

Katanya, dengan pelaksanaan subsidi ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.

“Isu kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya ia merupakan fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

“Namun, Kerajaan sedaya upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya