HomeIsu tempatanAktiviti perlindungan taman diteruskan meskipun berdepan pandemik COVID-19

Aktiviti perlindungan taman diteruskan meskipun berdepan pandemik COVID-19

Read Time:2 Minute, 29 Second

KUALA PENYU : Taman-Taman Sabah (TTS) terus melaksanakan aktiviti-aktiviti perlindungan taman-taman dibawah kendalian TTS meskipun berdepan dengan penularan pandemik COVID-19 selama hampir dua tahun sebelum ini.

Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim berkata, aktiviti perlindungan taman tetap diteruskan bagi memastikan kawasan taman berada dalam keadaan baik dan terkawal.

“Aktiviti rondaan berkala kerap dilakukan dan mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa khususnya Polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Berdasarkan statistik penguatkuasaan pada tahun 2021 sehingga Jun tahun ini, sebanyak 186 kesalahan telah dikesan dan sejumlah enam kompaun telah dikeluarkan dengan nilai keseluruhan RM90,800.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Pewartaan Taman Pulau Tiga Kali Ke-44 di Pulau Tiga di sini semalam.

Maklarin berkata, komitmen dan tanggungjawab yang ditunjukkan ini adalah untuk memastikan kawasan taman sentiasa dilindungi sebagai salah satu khazanah Negeri untuk dipelihara.

Katanya, ianya jelas disebutkan di dalam Pelan Strategik Taman 2025 Teras Satu iaitu meningkatkan pengurusan taman antaranya melalui perlaksanaan penguatkuasaan undang-undang, pemantauan dan rondaan sempadan secara profesional bagi memastikan integriti Taman-Taman dilindungi.

“Sepanjang tempoh penularan COVID-19 itu juga, pihak Taman Pulau Tiga juga masih meneruskan aktivitinya seperti penyelengaraan, pembaikan dan pengindahan kawasan serta kemudahan bagi kegunaan pelancong.

“Untuk memastikan kualiti pengurusan pelancongan di kekalkan, semua kemudahan pelancongan diselanggara dengan baik termasuklah sembilan denai-denai yang terdapat di Taman Pulau Tiga dengan anggaran jarak keseluruhan lebih kurang 12 Kilometer,”  katanya.

Katanya, ini termasuklah menambah infra kemudahan seperti Tandas Awam yang dijangka siap pada September tahun ini selain tapak perkhemahan dan kemudahan pondok-pondok rekreasi.

“Sebagai makluman tambahan, dua unit kemudahan pondok pengawal pantai baharu sahaja siap dibina dengan kos sebanyak RM20,000. Diharapkan ini akan menjadi satu lagi kemudahan sokongan keselamatan kepada pelawat yang menjalankan aktiviti rekreasi di pantai-pnatai  Taman Pulau Tiga.

Sementara itu, Maklarin berkata, Taman Pulau Tiga merupakan destinasi popular pelancong luar dan dalam negara sebelum negara berdepan dengan Pandemik COVID-19.

Katanya,  statistik kehadiran pelancong pada tahun 2019 merekodkan  seramai 1,600 orang pelawat tempatan dan 22,691 orang pelawat daripada luar negara.

“Namun penurunan jelas ketara pada tahun 2020 apabila pandemik COVID-19 mula melanda dimana Taman Pulau Tiga hanya menerima kehadiran seramai 2,676 orang pelawat sahaja.

“Apabila pergerakan rentas negeri mula dibuka pada Oktober 2021 dan sektor pelancongan dibenarkan beroperasi, Taman Pulau Tiga kembali menerima pelawat Walaupun dalam keadaan Covid-19 yang belum hilang sepenuhnya,” katanya.

Katanya, sektor pelancongan dijangka akan kembali rancak secara perlahan dengan tanda-tanda pelancong sudah mula berminat untuk datang ke Taman Pulau Tiga.

“Ini lebih-lebih lagi apabila pintu masuk negara dibuka sejak April tahun ini. Statistik kemasukan pelancong merekodkan seramai 231 pelawat termasuk sembilan orang pelawat dari luar negara, telah berkunjung ke Taman Pulau Tiga sejak Januari hingga Jun 2022.

“Saya ingin zahirkan rasa bangga melihat pelbagai perubahan kecil dan besar yang telah dilakukan di Taman-Taman Sabah selama ianya ditutup kepada pelancong. Syabas dan tahniah kepada Pengurusan Taman Pulau Tiga dan seluruh kakitangan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya