HomeIsu tempatanSabahan raikan Pesta Kaamatan & Hari Raya 2022 di Klang

Sabahan raikan Pesta Kaamatan & Hari Raya 2022 di Klang

Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

KLANG: Warga Borneo khususnya Sabahan yang berada di Semenanjung Malaysia tidak ada halangan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah ataupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa prihatin dengan kebajikan mereka di sana.

Menurut Pengarah Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Sabariah Safeel, jabatannya mewakili Kerajaan Negeri sentiasa menjaga kebajikan rakyat Sabah yang berada di Semenanjung.

Pengarah Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Sabariah Safeel.

“Kami sentiasa menjaga kebajikan rakyat Sabah di Semenanjung, apa juga masalah yang dihadapi kami sedia membantu.

“Kami mewakili Kerajaan Negeri telah dijemput untuk sama-sama hadir dan meraikan Majlis Pesta Kaamatan dan Hari Raya 2022 di sini, yang mana pogram ini diadakan setiap tahun. Terdapat ramai orang Sabah di sini jadi dengan adanya program sedemikian maka di sinilah tempat mereka berkumpul bersama-sama meraikan perayaan-perayaan ini sekaligus merapatkan tali silaturrahim antara satu sama lain.

“Kami juga sentiasa memberikan kerjasama dengan NGO-NGO di sini,” katanya ditemui pemberita semasa Majis sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Raya 2022 diadakan di Wisma WCC Bayu Klang, pada 29 Jun lalu.

Program tersebut adalah anjuran Momogun Society of Sabahan (MSS) yang berada di Semenanjung.

Presiden MMS, Edward Sindom.
Sabahan mendendangkan muzik budaya Kadazandusun dengan memukul gong sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Raya 2022 di Klang.

Presiden MMS, Edward Sindom berkata, MSS berperanan sebagai satu badan NGO untuk memastikan warga-warga Sabah yang berada di Semenanjung dan tempat rujukan apabila menghadapi sebarang masalah.

“Kami juga bekerjasama dengan NGO lain supaya memastikan warga Sabahan ini tiada yang tercicir untuk mendapatkan bantuan kebajikan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai program pada malam itu, Edward berkata, MSS dengan kerjasama Jabatan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah yang berada di Semenanjung setiap tahun mengadakan program-program kemasyarakatan termasuklah merayakan apa-apa perayaan untuk warga Sabah yang tinggal di sini.

“Program seumpama ini sangat baik selain merapatkan silaturrahim tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan ideologi politik bukan sahaja warga Sabah tetapi juga warga Sarawak turut sama merayakan bersama-sama kami di sini.

“Bagaimanapun, perayaan yang diadakan untuk warga Borneo pada setiap tahun di sini tertangguh pelaksanaannya selama dua tahun kebelakangan ini disebabkan pandemik Covid-19 melanda negara,” ujar Edward.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular