HomeUtamaKerjasama Kerajaan Persekutuan, Negeri terus diperkasa

Kerjasama Kerajaan Persekutuan, Negeri terus diperkasa

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus diperkasa sesuai dengan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Sarul Bahiyah Abu berkata, kerjasama yang kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan inisiatif Hala Tuju SMJ hendaklah diteruskan agar dapat memberikan manfaat kepada rakyat Sabah. 

“Ketua-Ketua Jabatan dan Badan Berkanun perlu sentiasa peka dengan pencapaian jabatan masing-masing serta memastikan ia seiring dan haruslah bergerak secara pantas di landasan yang tepat.

“Ini adalah seiring dengan hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mahukan laporan status pencapaian inisiatif agensi Persekutuan yang berhubung kait dengan Pelan Pembangunan SMJ dijadikan sebagai salah satu agenda dalam Majlis Tindakan Pembangunan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Perhubungan Ketua-ketua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah Bil.1/2022 di sini, baru-baru ini.

Sarul Bahiyah berkata, selain itu, Perkhidmatan Awam juga perlu tampil dengan idea-idea yang lebih bernas dan berani serta agresif dalam membuat penambahbaikan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam mencapai objektif SMJ.

Dalam pada itu katanya yang turut memberi penekanan kepada empat fokus baharu yang digariskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah dalam memastikan Perkhidmatan Awam kekal relevan dan menjadi organisasi yang sentiasa berdaya saing.

“Empat fokus utama iaitu Menyegarkan Semula Penjawat Awam, Landskap Baharu Organisasi Awam, Perkhidmatan Awam Kalis Masa Hadapan dan Bergerak Bersama ke Hadapan ini perlu sebagai persediaan utama dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu merealisasikan fokus tersebut sebagai hasrat dan aspirasi dalam mengangkat martabat Perkhidmatan Awam untuk terus kekal relevan seterusnya menjadikan kita sebagai penjawat awam yang berintegriti dan profesional,” katanya.

Pada mesyuarat tersebut, empat sesi pembentangan kertas taklimat turut disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah(JPAN), Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah (MKN), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah dan Lembaga Koko Malaysia Negeri Sabah.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah (RTM), Zulkefli Mohd dan Pengarah Lembaga Koko Malaysia Sabah, Dr Ramle Kasin.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya