HomeIsu tempatanCapaian internet baik beri peluang belia jana pendapatan

Capaian internet baik beri peluang belia jana pendapatan

Read Time:1 Minute, 11 Second

TAWAU : Inisiatif Kerajaan dalam memperbaiki dan menambahbaik perkhidmatan capaian internet di negeri ini dapat memberi peluang kepada golongan belia untuk menjana pendapatan harian.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, menerusi inisiatif itu juga golongan belia turut berpeluang memperolehi kemahiran dengan menghadiri kursus atas talian dan mempelajari pelbagai ilmu baharu.

Katanya, antara kemahiran itu adalah seperti kulinari; pengurusan kewangan serta maklumat berguna berkaitan kecergasan diri menerusi capaian internet yang bakal mencakupi 100 peratus.

“Melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), capaian internet akan mencakupi 100 peratus  seluruh negara dengan dengan kelajuan 100mbs menjelang 2025.

“Golongan belia boleh mengetengahkan bakat dengan memuat naik video ke laman sosial seperti Youtube dan Facebook di samping memasarkan barang-barang komersial yang dihasilkan secara atas talian seterusnya menjana pendapatan.

“Saya menyeru kepada belia dan beliawanis agar merebut peluang serta menggunakan kemudahan yang disediakan bagi meningkatkan pengetahuan, mengetengahkan bakat sekaligus menjana hasil ekonomi,” katanya semasa merasmikan Showcase Infiesta Pentarama Jabatan Penerangan di Merotai di sini kelmarin.

Andi Suryady turut mengingatkan golongan belia agar menjadi pengguna teknologi yang bijak dan tidak terpedaya oleh sindiket atas talian (scammer) yang akan merugikan diri dan masyarakat.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik,  Hassan A Ghani Pangeran Amir, Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Nadzerah Abdullah, Pegawai Daerah Kalabakan, Muhammad Mohd Ali dan Pegawai Pembangunan Masyarakat UPPM Merotai, Mohammad Jalani Chachu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular