HomeUtamaJawatankuasa koordinasi ditubuh, pastikan projek pembangunan sekolah daif dilaksanakan segera

Jawatankuasa koordinasi ditubuh, pastikan projek pembangunan sekolah daif dilaksanakan segera

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama beberapa agensi Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu Jawatankuasa Koordinasi Projek Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, jawatankuasa itu adalah bagi memastikan projek pembangunan sekolah-sekolah daif khususnya di Sabah akan dapat dilaksanakan dengan segera.

Antara agensi terlibat adalah KPM; Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); Jabatan Tanah dan Ukur (JTU); Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Datuk Mohamad Alamin

Katanya, jawatankuasa itu ditubuhkan bertujuan untuk mempercepat dan memberi fokus kepada penyelesaian beberapa punca kelewatan projek pembangunan dibawah KPM khususnya yang melibatkan sekolah daif di Sabah.

“Beberapa projek pembangunan sekolah daif yang tertangguh khususnya di negeri ini agak lambat perlaksanaannya adalah disebabkan beberapa kekangan dan peraturan tertentu daripada agensi terlibat.

“Justeru menerusi jawatankuasa ini, kita harap ianya akan dapat mempercepat dan memberi fokus sebaiknya kepada projek pembangunan yang tertangguh dan kita tidak perlu tunggu masa yang lama untuk tunggu laporan semua, kita perlu selesaikan masalah sekolah-sekolah daif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menghadiri sesi Taklimat Projek Pembangunan KPM dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPNS, Zainin Yanin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastuktur dan Perolehan JPNS , Farzi Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah JKR Sabah (Cawangan Projek Bangunan), Andrew Durat.

Mohamad berkata, sehingga 2016, kerajaan telah meluluskan 239 projek di bawah JKR negeri dengan peruntukan sebanyak RM1.8 billion dimana 218 daripada jumlah itu adalah projek sekolah daif termasuk 20 pra sekolah dan 198 buah sekolah mendapat gantian penuh.

Katanya, antara jumlah itu, sebanyak 95 buah sekolah telah siap, 59 buah sekolah sedang dibina dan 71 buah sekolah lagi di peringkat pra bina manakala 14 projek ditangguhkan antaranya kerana isu tanah dan isu perubahan harga.

“Saya juga akan mengadakan perbincangan bersama Exco Pendidikan Negeri Sabah , Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkenaan penubuhan jawatankuasa tersebut untuk langkah perlaksanaan dan pelancaran projek pembangunan dan pembinaan sekolah daif ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular