HomeIsu tempatan32 pekebun kecil sertai kursus toreh getah cara yang betul

32 pekebun kecil sertai kursus toreh getah cara yang betul

Read Time:1 Minute, 3 Second

RANAU: Seramai 32 orang pekebun kecil getah menyertai kursus demo torehan pokok getah dengan cara yang betul diadakan di daerah ini, baru-baru ini.

Peserta-peserta terlibat merupakan penduduk dari tiga buah kampung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan iaitu Kg Meringkan, Kg Matupang dan Kg Nalapak.

Penyelaras kursus, Jaharin Angku berkata, kursus itu amat penting kepada para pekebun  kecil getah untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kaedah penorehan getah dengan betul tidak merosakan pokok getah sekaligus memperoleh susu getah yang baik dan berkualiti.

“Kursus yang julungkali diadakan itu adalah satu usaha murni daripada Pertubuhan Pekebun-Pekebun Kecil Sabah bagi membantu penduduk luar bandar meningkatkan ekonomi keluarga,” jelas Jaharin yang juga Penyelaras Pusat Daerah Mengundi  (PDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan.

Beliau turut berharap kepada peserta kursus itu agar telah mendapat manfaat dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang penorehan getah dengan cara yang betul bagi meningkatkan lagi sumber pendapatan melalui pendekatan pembelajaran yang mereka perolehi.

“Praktikan pengetahuan yang diperoleh bagi menjana pendapatan yang lebih baik,” ujar Jaharin sambil menasihatkan para pekebun kecil getah agar tidak mudah putus asa meskipun harga getah buat masa ini agak merundum.

“Suatu hari nanti harga getah di pasaran pasti akan meningkat naik disebabkan permintaan dan kini aktiviti ekonomi semakin rancak dijalankan di seluruh negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya