HomeUtamaBanjir di Baling: Mayat dua mangsa ditemui berpelukan 

Banjir di Baling: Mayat dua mangsa ditemui berpelukan 

Read Time:57 Second

BALING: Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi di sini, ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.

Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya juga percaya bongkah kayu yang dihanyutkan arus deras menghempap rumah mangsa lapor berita harian.

“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan terperangkap di bawah timbunan kayu.

“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama, diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Sayani berkata, tumpuan bomba seterusnya melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.

Katanya, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.

“Pihak bomba turut menggunakan anjing pengesan JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya