HomeIsu tempatanKesenian Borneo Dominasi MAHAKARYA ASTiF

Kesenian Borneo Dominasi MAHAKARYA ASTiF

Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 500 karya berteraskan kesenian Borneo dipamerkan pelajar tahun tiga Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam program MAHAKARYA 2022.

Program yang berlangsung bermula 12 Jun sehingga 1 Julai yang lalu itu turut menghimpunkan pelbagai bidang seperti seni suara, seni tari, seni lakon, animasi, penulisan, penerbitan, seni muzik, seni lukis, seni catan, filem dan video.

Majlis perasmiannya disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan di Dewan Resital ASTiF, yang diwakili Dekan ASTiF, Prof. Madya Dr. Zairul Anwar Md Dawam.

Menurut Rahman, persembahan yang berkualiti bukan sahaja memerlukan pemikiran yang kreatif tetapi ia turut menuntut pengorbanan dari segi masa, tenaga, wang ringgit, dan persefahaman yang jitu.

“Saya percaya, terdapat banyak bakat seni dan kreatif dalam kalangan pelajar yang sebelum ini kurang ditonjolkan kerana kekurangan medan atau pentas sesuai.

“Saya kira, penganjuran projek akhir ini bersifat serampang dua mata, iaitu menghasilkan kerja-kerja seni menarik dan unik yang kemudiannya dipersembahkan kepada khalayak atau audiens untuk dinikmati,” katanya.

Beliau turut menaruh keyakinan bahawa usaha yang dilaksanakan ASTiF seiring dengan hasrat kerajaan dalam mengekalkan dan melestarikan seni budaya sekali gus memastikan karya seni yang dihasilkan pelajar universiti dapat dilihat dan dinikmati masyarakat umum.

“Harapan saya agar bakat pelajar UMS yang dicungkil dan digilap di sini dapat menyemarakkan industri seni kreatif di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

“Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini juga akan memberi pendedahan kepada pelajar UMS apabila berada di alam pekerjaan pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Rasid Mail; Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Rafael Walangitan, dan Pengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kota Kinabalu, Zulkefli Mohd.

Dalam pada itu, sebanyak lima kategori anugerah turut disampaikan pada majlis tersebut.

Bagi kategori Anugerah Opera (Teater), Chingstage Production muncul sebagai  penerima Anugerah Produksi Terbaik Festival Teater Opera 8.0.

Kategori Anugerah Kontra-Kontemporari Tradisional  (Tari) pula menyaksikan Faridul Hakim dinobatkan sebagai penerima Anugerah Koreografer Terbaik.

Anugerah Animasi Terbaik dan Anugerah Cetakan Lino Terbaik bagi kategori Matrix (TSV) masing-masing dimenangi Yudas Kristo James Katulai dan Cristhiee Shenna Chin.

Sementara itu, bagi kategori Anugerah Adikarya (Penulisan), Ruzerayati Aling dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tesis Terbaik, manakala Muhammad Mohd Yusof muncul sebagai pemenang Anugerah Novel Terbaik.

Rexynoell James Gerard dan Kristy Samunting pula masing-masing mencatat nama sebagai penerima Anugerah Gubahan Orkestra Terbaik dan Anugerah Persembahan Terbaik Alat Muzik Utama (Vokal).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular