HomeUtamaAdaptasi teknologi terkini dalam pembangunan sektor agromakanan

Adaptasi teknologi terkini dalam pembangunan sektor agromakanan

Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTRAJAYA : Bidang kejuruteraan pertanian perlu diberi penekanan agar terus kekal relevan dalam pembangunan sektor agromakanan negara melalui adaptasi teknologi terkini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ianya termasuklah melalui penggunaan aplikasi pertanian pintar dan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Katanya, penggunaan teknologi moden seperti dron, sensor, robotic, internet kebendaan (IoT) dan Teknologi Pertanian Tepat (Precision Farming), menjadi elemen penting dalam kejuruteraan pertanian bagi meningkatkan produktiviti sistem makanan negara.

“Melalui teknologi pertanian pintar, rantaian bekalan makanan dapat diuruskan dengan lebih mudah dan cekap selain memaksimakan pengeluaran.

“Menyedari kepentingan kejuruteraan pertanian dalam pembangunan sektor agromakanan negara, pihak Kementerian melalui Agrobank menyediakan pelbagai bentuk dana dan pinjaman kepada pengusaha-pengusaha agromakanan yang berhasrat untuk memodenkan perusahaan masing-masing.

“Antaranya sebanyak RM60 juta diperuntukkan di bawah Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan bagi membolehkan usahawan di sepanjang rantaian nilai agromakanan mendapatkan peralatan dan teknologi berteraskan 4IR untuk terus meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Kejuruteraan Pertanian di sini hari ini.

Ronald berkata, Kementerian turut menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat pembekal teknologi serta pelaburan dalam dan luar negara bagi membangunkan teknologi pertanian dalam usaha mentransformasikan sektor agromakanan negara.

Katanya, pelaburan yang besar dalam pembangunan teknologi agromakanan difokuskan kepada beberapa aktiviti agar adaptasi penggunaan teknologi dapat ditingkatkan.

“Antaranya adalah mengukuhkan infrastuktur dan jaringan telekomunikasi yang menyokong penggunaan teknologi 4IR di lapangan; meningkatkan literasi digital dalam kalangan golongan sasar dan mengintegrasikan teknologi sedia ada termasuk mekanisasi dan automasi ke dalam bentuk digital dengan menggalakkan pembangunan sistem serta aplikasi.

“Selain itu, aktiviti lain termasuklah mengkomersialkan hasil R&D teknologi pertanian agar produk-produk ini dapat dimanfaat dan diaplikasi di lapangan selain membangunkan sistem berpusat Agrofood Open Data Platform bagi sektor agromakanan,” katanya.

Katanya, aktiviti bagi menambahbaik peluang pembiayaan bagi perolehan produk 4IR oleh golongan sasar turut dilaksanakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular