HomeUtamaElaun guru agama tajaan Bahagian Zakat MUIS dinaikkan

Elaun guru agama tajaan Bahagian Zakat MUIS dinaikkan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KOTA KINABALU : Elaun guru agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di bawah tajaan Bahagian Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dinaikkan sebanyak RM800 sebulan bagi setiap guru berkuatkuasa Jun lalu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penyelarasan kenaikan elaun selepas 10 tahun itu memberi manfaat kepada seramai 182 orang guru melibatkan lima institusi pendidikan di bawah JHEAINS.

“Kenaikan elaun ini melibatkan seramai 128 orang guru di Sekolah Agama Negeri (SAN) dan 40 orang dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

“Selain itu turut menerima kenaikan elaun adalah masing-masing seramai lima orang guru SAN Integrasi dan guru Tadika JHEAINS serta empat orang guru Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (ITQAS),” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Arifin berkata, sejumlah RM 3.485 juta peruntukan diberikan berbanding RM1.738 juta sebelum ini.

“Kenaikan ini adalah untuk menghargai para guru yang selama ini iaitu selama 10 tahun elaun mereka tidak diselaras dan kita telah selaraskan pada tahun ini.  Ini juga adalah sebagai penghargaan terhadap pengorbanan guru terbabit yang tetap bertahan mendidik anak-anak,” katanya.

Tambahnya, kenaikan elaun itu juga disebabkan kesedaran dan kesungguhan umat Islam menunaikan zakat selain beberapa langkah dan kempen kesedaran menunaikan zakat yang berterusan dilakukan Bahagian Zakat MUIS.

Berikutan kenaikan RM800 itu, elaun baharu guru SAN dan Tadika kini ialah RM1,800 sebulan, diikuti RM2,300 sebulan bagi guru SAN Integrasi, SMAN dan ITQAS.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya