HomeUtamaJAWI buka kertas siasatan insiden wanita buka baju atas pentas,dilihat hina agama

JAWI buka kertas siasatan insiden wanita buka baju atas pentas,dilihat hina agama

Read Time:1 Minute, 35 Second

KUALA LUMPUR — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)mengambil maklum berkenaan video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.

Menurut jabatan itu, siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian penguatkuasa JAWI dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 laitu Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll agama Islam dengan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya.

JAWI sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi menjelang Ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia kata badan agama itu di dalam satu kenyataan hari ini. 

Baru-baru ini tular video seorang wanita yang  biadap membuka bajunya di atas pentas.

Dalam sorotan yang video tular  itu kelihatan wanita ayu berbaju kurung dan bertudung berdiri di atas pentas komedi sepertinya ingin membuat persembahan.

Namun, sungguh tidak disangka apabila dia membuka baju kurung yang menutup aurat itu kepada pakaian yang mencolok mata selepas mengaku dirinya seorang penghafaz Al-Quran 15 juzuk kepada penonton.

Lebih menyedihkan, semua yang berada di situ bersorak seolah-olah meraikan pendedahan wanita berkenaan, bukannya menghalang atau bersuara menghentikan perbuatannya yang secara tak langsung telah menghina agama

Semakan di laman facebok yang penganjur acara berkenaan turut dihujani kecaman dan mereka turut memohon maaf di atas perkara yang tidak diigini itu berlaku dan turut membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.

“ Crackhouse Comedy Club (CH) mengutuk sekeras-kerasnya satu rakaman video yang kian tular di media sosial yang memaparkan seorang individu melakukan persembahan yang dikatakan menghina agama Islam”

” untuk makluman, selepas berlakumya persembahan tersebut, individu berkenaan telah dilarang daripada kembali ke club dan kami turut mwmfailkan laporan polis mengenai insiden itu.

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular