HomeUtamaTTS,WWF-Malaysia tandatangani MoU laksana pengurusan Taman Teluk Darvel

TTS,WWF-Malaysia tandatangani MoU laksana pengurusan Taman Teluk Darvel

Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KOTA KINABALU : Taman-Taman Sabah (TTS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia bagi pengurusan Taman Teluk Darvel.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, MoU bagi tempoh lima itu diharap akan menjadi lebih erat dan kedua belah pihak akan lebih komited serta fokus demi mencapai matlamat pewartaan Taman Teluk Darvel.

Katanya, antara yang diutamakan menerusi MoU ini adalah untuk membangunkan satu pelan pengurusan dengan kaedah pengurusan berkesan dan lebih efektif .

“Dalam pelan pengurusan itu nanti juga akan memuatkan beberapa perkara khusus yang berkaitan dengan konsep dan mekanisme pengurusan bersama, program kewangan mampan untuk Taman Teluk Darvel, rancangan pengurusan adaptif dan beberapa strategi serta program lapangan yang akan dilaksanakan dalam tempoh MoU tersebut.

“Antara program-program kerjasama yang akan dilaksanakan apabila Taman Teluk Darvel diwartakan kelak termasuklah yang berkaitan dengan  latihan dan pengoperasian pengurusan harian bersama, pengurusan hal ehwal komuniti dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

“Selain itu, kolaborasi penguatkuasaan yang efektif, penyelidikan saintifik dan kesedaran awam dengan pelancongan dan industri perikanan, perlindungan dan restorasi kunci ekosistem (terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut) dan kunci spesis penting (penyu, dugomg, yu dan ikan-kain lain yang bernilai komersial),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara TTS dan WWF Malaysia untuk inisiatif pewartaan dan pembangunan pengurusan berkesan Taman Cadangan Teluk Darvel di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai.

Jafy berkata, dalam tempoh MoU itu juga akan mengenal pasti keupayaan rancangan pengurusan tersebut dapat dilaksanakan secara lebih efektif agar  proses peralihan dapat dijalankan dengan lebih lancar untuk jangka masa yang panjang di masa hadapan.

Katanya, program-program yang akan dilaksanakan adalah tidak terhad kepada selepas pewartaan ini sahaja tetapi ianya juga merangkumi usaha untuk memastikan kelancaran usaha pewartaan ini dilaksanakan.

“Pada masa ini, saya difahamkan beberapa aktiviti bersama telah pun dimulakan contohnya seperti menjalankan meja kerja mengumpul maklumat awal berkaitan untuk tujuan pembangunan pelan pengurusan serta kerja-kerja lapangan ke kampung-kampung persisiran pantai di daerah Lahad Datu dan Kunak bagi tujuan mengutipan data sosiologi dan sekaligus sebagai hebahan dan konsultasi awal berkaitan usaha pewartaan ini,” katanya.

Pada 13 Januari 2021, cadangan untuk mewartakan Teluk Darvel dibawah Enakmen Taman-Taman 1984 telah dipersetujui oleh Kabinet Kerajaan Negeri Sabah.

Pewartaan Taman ini bakal melakar satu lagi peristiwa  bersejarah khususnya kepada TTS dan amnya kepada Negeri Sabah, yang mana Taman Teluk Darvel ini akan menjadi Taman yang kesepuluh dibawah pengurusan TTS.

Matlamat dan harapan penubuhan Taman ini adalah untuk memelihara dan pemulihara kepelbagaian hidupan marin dan pesisir pantainya, menambahbbaik industri perikanan agar lebih lestari dan faedah komuniti setempat termasuklah untuk membuka lebih banyak peluang pembangunan industri pelancongan di Negeri Sabah.  

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya