Penetapan harga siling bergantung kepada situasi pasaran – Ronald Kiandee 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 22 Second

KUALA LUMPUR – Penetapan harga siling bagi harga jualan yang ditetapkan kerajaan bergantung kepada situasi pasaran ujar Menteri Pertanian dan industri makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. 

Katanya jika bercakap mengenai pengeluaran kos input bagi pengeluaran ternakan, penanaman sayur dan banyak produk makanan yang dibuat di Malaysia bergantung kepada kos input yang sebahagian besarnya bergantung kepada harga pasaran antarabangsa.

Katanya pekerja kita bergantung daripada luar, racun kita mengimport daripada luar, manakala bagi industri ternakan pula iaitu ayam dan juga ruminan sebahagian besar iaitu 70 peratus daripada kos pengeluaran itu bergantung kepada kos input bijian termasuk jagung, soya yang kita import daripada luar. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sekiranya kerajaan mahu menurunkan lagi harga siling jualan ayam dan telur yang dikuatkuasakan kerajaan ketika ini iaitu RM 9.60 untuk 1 kilogram ayam dan telur gred A ditetapkan pada 45 sen sebiji, manakala gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) sewaktu lawatan kerjanya di kompleks KLIA kargo, Sepang hari ini. 

Menurut Ronald lagi sebahagian besar kos input pengeluaran makanan di negara ini tertakluk kepada harga pasaran antarabangsa. 

“Kita ternak ayam tapi kita tak tanam jagung dan soya yang menjadi keperluan kepada makanan ternakan haiwan. Jadi semua ini bergantung kepada pasaran antarabangsa,” katanya.

Ujar Ronald lagi, antara faktor lain yang turut mempengaruhi harga adalah faktor tukaran wang ringgit.

“ Kalau kita mengimport barang pada nilai ringgit yang menurun tentu kos akan meningkat, iaitu kos yang ditanggung penternak, peladang di negara kita.

Jadi semua ini menjadi faktor kepada harga pasaran bahan makanan yang perlu dibayar oleh rakyat di negara ini.

Tambah Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran itu lagi, Kerajaan di Negara ini juga merupakan kerajaan yang bertanggungjawab sebab itu apabila harga ayam meningkat disebabkan kos input yang meningkat kerajaan menetapkan satu harga syiling namun perbezaan dengan kos pengeluaran sebenar dengan harga siling yang ditetapkan kerajaan itu ditampung melalui pemberian subsidi. 

Kerajaan membelanjakan lebih daripada 1 bilion ringgit untuk memberikan subsidi ayam dan telur untuk tempoh 6 bulan bermula daripada bulan februari yang lalu yang akan berakhir 31hb ogos nanti.

Dalam pada itu, Ketika ditanya adakah kerajaan akan menarik semula larangan ekport ayam ke negara luar katanya sebelum ini kita telah menghalang semua larangan ekport semua produk ayam termasuk ayam kampung, nuget, sosej, dan sebagainya
Namun larangan itu kini hanya terhad kepada ayam bulat / ayam hidup manakala produk-produk ayam yang lain selain daripada ayam bulat ini telahpun dibenarkan eksport. 

“ Samada ada ayam hidup ataupun ayam bulat ini akan dibenarkan dieksport semula, ianya akan ditimbang oleh kerajaan selepas dibuat kajian-kajian untuk memastikan bahawa bekalan ayam tempatan ni mencukupi. 

“ Dan syaratnya adalah bekalan ayam mencukupi, dan kemudian kerajaan akan mempertimbangkan untuk membenarkan eksport ayam bulat ini semula dan pertimbangan itu sedang dibuat oleh kerajaan dan MAFI dipertanggungjawabkan untuk memperincikan perkara ini dan akan membuat cadangan kepada kerajaan katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *