SPRM dakwa seorang anggota APMM salah guna kuasa terima rasuah RM1,500

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berpangkat Laskar Kelas 1 Maritim, didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini, atas tuduhan salah guna kuasa dan menerima rasuah sebanyak RM1,500.00 pada tahun lalu.

Pertuduhan kes dibaca di hadapan hakim Abu Bakar Mahat manakala pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkarnain Rousan Hasbi.

Mengikut fakta kes, tertuduh seorang lelaki berumur 35 tahun itu, pada 17 Mac 2021 jam lebih kurang 7.30 petang, bertempat di kawasan parkir berhadapan pejabat Sabah Credit, Alamesra, Kota Kinabalu, tertuduh pada ketika itu sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Laskar Kelas I, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Negeri Sabah (APMM) yang bertugas di Pejabat APMM Negeri Sabah, secara rasuah menerima suapan iaitu wang tunai berjumlah RM1,500.00 daripada seseorang bernama Leonard Lee Yin Leong. Wang berkenaan diterima tertuduh sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas bot dan pengadu yang mempunyai lesen bot tamat tempoh.

Pertuduhan kes dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Tertuduh tidak mengaku salah ke atas pertuduhan tersebut, bagaimanapun mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM8,000.00 (deposit RM3,000.00) dan seorang penjamin tempatan dengan syarat tambahan, tertuduh hendaklah menyerahkan pasportnya kepada pihak mahkamah dan melapor diri setiap dua bulan sekali di SPRM Kota Kinabalu serta tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi sebelum atau ketika perbicaraan kes.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *