HomeIsu tempatanEduCity Iskandar kembangkan sayap ke Sabah

EduCity Iskandar kembangkan sayap ke Sabah

Read Time:2 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd atau EduCity Iskandar Johor, buat julung kalinya telah menyertai Expo Pendidikan yang diadakan di Suria Sabah selama dua hari pada bulan Jun lepas anjuran Study Malaysia.

Wakil EduCity Iskandar, Azizah Khalid Merican berkata, EduCity Iskandar telah lama berhasrat untuk mempromosikan pelbagai tawaran program pendidikan yang menarik kepada para pelajar di Sabah.

Katanya, antara program EduCity Iskandar yang menjadi tarikan utama sepanjang dua hari tersebut adalah Tahun Asas Antarabangsa (International Foundation Year) oleh NCUK, dimana tempoh pengajian asasi sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat ijazah hanyalah sembilan bulan. 

“Pelajar yang lulus program IFY ini akan mempunyai akses kepada lebih 4,000 program ijazah dan penempatan terjamin di mana-mana universiti rakan kongsi NCUK dari UK, Australia, New Zealand dan Kanada, termasuk sepuluh (10) institusi pengajian tinggi di Malaysia yang turut menerima sijil ini sebagai kelayakan mendaftar dalam program ijazah mereka,” jelas Azizah.

Menurut Azizah, senarai rakan kongsi NCUK di Malaysia adalah, University of Southampton Malaysia, Heriot-Watt University Malaysia, Nottingham University Malaysia, Swinburne University Malaysia, Monash University Malaysia, Sunway University Malaysia, UCSI University Malaysia, HELP University Malaysia, Asia Pacific University Malaysia, City University Malaysia dan Universiti Tunku Abdul Rahman Malaysia.

Katanya, pihak EduCity Iskandar juga memberi penerangan lebih lanjut mengenai program diploma yang akan ditawarkan oleh EduCity International College yang akan memulakan pengambilan pelajar baharu dengan program menarik di bawah aliran Teknologi Maklumat dan Rekabentuk Media.

Program ini adalah hasil kerjasama dengan industri yang terlibat didalam IR4.0 dan akan di tawarkan bermula September 2022

Dalam pada itu, pihak EduCity Iskandar juga turut mengadakan sesi lawatan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk mendapatkan berkerjasama dalam memberikan pendedahan awal kepada para pelajar Sabah berkenaan EduCity Iskandar selaku destinasi pendidikan yang menarik, lengkap dengan fasiliti gunasama yang lengkap.

“Fasiliti gunasama yang ditawarkan termasuk terdiri dari kompleks sukan bertaraf antarabangsa dengan kolam renang bersaiz Olimpik, penginapan pelajar yang mempunyai 640 katil dan juga ruang niaga dan sosial bagi semua pelajar institusi di EduCity dan pelbagai kemudahan lain.

“EduCity Iskandar ingin terus bekerjasama dengan dalam memberi pendedahan berkenaan program di dalam industri IR4.0 dan pelbagai industri kerjaya terkini kepada pihak JPNS dan juga para pelajar dari Sabah.

“Pihaknya amat prihatin terhadap perkembangan dan hala tuju pelajar di Sabah dan akan membantu dari aspek pembelajaran dan juga peluang melanjutkan pelajaran,” ujarnya.

Semasa sesi kunjungan hormat tersebut, pihak EduCity Iskandar juga mengambil peluang mewar-warkan program terbaharu yang akan dianjurkan secara hybrid (fizikal dan online) iaitu International Digital Classroom Conference (IDCC) yang akan menampilkan pembentang tempatan dan antarabangsa.

Program IDCC ini akan berlangsung dari 19 hingga 23 Ogos depan, dimana pihak JPNS boleh juga menghadiri secara  secara fizikal di EduCity Iskandar, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. 

EduCity adalah pemangkin pembangunan pendidikan diterajui oleh Iskandar Investment Berhad (IIB). 

EduCity adalah bandar hub pendidikan berintegrasi berperanan menyediakan modal insan untuk menyokong kepelbagaian kegiatan ekonomi di Iskandar Malaysia di samping memupuk pemimpin  generasi akan datang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pementasan teater ‘Salina’ bermula Jumaat ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular