HomeUtama43 sampel diambil dalam Ops Caras Hijau - Dr Rose Nani

43 sampel diambil dalam Ops Caras Hijau – Dr Rose Nani

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 43 sampel telah diambil menerusi satu operasi besar-besaran dikenali sebagai Ops Caras Hijau yang melibatkan Penguatkuasaan dan Pematuhan Perundangan Di Bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 pada 5 Julai yang lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, sampel yang diambil daripada 16 premis pemborong dan 19 premis peruncitan sayuran-sayuran itu sering dikesan mengandungi paras residu racun perosak melebihi nilai standard yang dibenarkan menjadi keutamaan pensampelan ini.

Antara sayur-sayuran yang terlibat adalah seperti cili merah, lada benggala, tomato, daun salad dan daun sup.

Katanya, kesemua sampel telah dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNS untuk dianalisis.

“Operasi ini dilaksanakan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNS dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran dan Pejabat Kesihatan Daerah Ranau.

“Ops Caras Hijau tertumpu kepada pemborong dan peruncit di sekitar Kundasang yang merupakan kawasan penanaman dan pengeluaran hasil pertanian utama di Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dr Rose Nani berkata, operasi ini melibatkan aktiviti pensampelan dan pengesanan maklumat rantaian pembekalan hasil sayur-sayuran serta buah buahan.

Katanya, objektif operasi ini adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada semua pihak yang terlibat dalam rantaian penjualan hasil pertanian agar tidak menggunakan racun perosak yang tidak dibenarkan atau melebihi nilai maximum residue limit (MRLS) yang dibenarkan di bawah keperluan perundangan sedia ada.

“Penggunaan racun perosak yang tidak terkawal adalah sangat merbahaya sehingga boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan pengguna.

“Operasi ini telah disertai oleh Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran dan melibatkan seramai 30 anggota dari Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran dan Pejabat Kesihatan Daerah Ranau.

“Operasi ini akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memastikan semua pengusaha hasil pertanian mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan demi keselamatan dan kesihatan pengguna,” katanya.

Katanya, orang awam juga diingatkan agar sentiasa mengamalkan amalan kebersihan dengan membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum dimasak atau dimakan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular