HomeIsu tempatanUMS lancar penjualan nombor plat khas

UMS lancar penjualan nombor plat khas

Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini secara rasmi melancarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas UMS 1 hingga UMS 9999.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, penggunaan nama UMS sebagai nombor pendaftaran kenderaan merupakan antara inisiatif Kerajan bagi memperkasakan aktiviti penjanaan pendapatan universiti.

Katanya, ia secara langsung akan dapat menambah peruntukan dana atau geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) universiti.

“Nombor prefix UMS 1 sehinggalah UMS 9999 dengan harga tawaran ‘mampu milik’ dan ‘pasti milik’, sudah semestinya akan menarik minat orang ramai untuk mendapatkannya.

“Ianya juga boleh dijadikan koleksi kebanggaan dan pengenalan/identiti, khususnya dalam kalangan warga UMS dan para alumni,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penjualan Nombor Pendaftaran Kenderaan UMS dan Pelancaran Sistem Bayaran Yuran Penerbitan UMS di sini hari ini.

Taufiq berkata, pengurusan universiti sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan, keterlihatan serta sumbangan UMS kepada semua pemegang taruhnya.

Katanya, UMS juga menyahut saranan Menteri Pengajian Tinggi serta aspirasi kementerian untuk terus memperbaiki serta mempertingkatkan kedudukan UMS di persada dunia.

“Penerbitan yang berkualiti serta berimpak tinggi bukan sahaja akan menjadi rujukan kepada penyelidik serta masyarakat seluruh dunia, malahan menjadi satu kriteria penting dalam pelbagai jenis penarafan dunia dan kebangsaan seperti Times Higher Education (THE), QS Ranking, MyRA, SETARA dan beberapa yang lain.

“Bagi melonjakkan lagi usaha dalam mempertingkatkan bilangan penerbitan berimpak, UMS telah memperkenalkan sistem pembiayaan yuran penerbitannya sejak tahun 2020, walaupun dibuat secara manual ketika itu,” katanya.

Sementara itu, Taufiq berkata, dengan usaha sedemikian, UMS telah berjaya melakarkan sejarah pada tahun 2021 kerana buat pertama kalinya mencapai bilangan penerbitan berindeks Scopus sebanyak 1,178 dengan memecahkan rekod jumlah penerbitan yang pernah diperolehi sejak penubuhannya.

Katanya, UMS juga telah menerima pujian dalam audit MyRA baru-baru ini kerana menunjukkan tren penambahan bilangan sitasi dalam penerbitan yang amat memberangsangkan.

“Insya-Allah, kita harapkan dengan peningkatan positif sedemikian akan meletakkan UMS sebagai sebuah universiti bertaraf MyRA lima bintang untuk tahun 2021,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya