HomeUtamaSabah sokong pembentangan RUU Kawalan Hasil Tembakau & Merokok 2022 di peringkat...

Sabah sokong pembentangan RUU Kawalan Hasil Tembakau & Merokok 2022 di peringkat Parlimen – Shahelmey

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri Sabah telah bersetuju untuk menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 untuk dibentangkan di Parlimen.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ianya termasuk pelaksanaan larangan penjualan, pembelian dan pemilikan produk tembakau serta produk pengganti tembakau dalam kalangan Generasi Penamat atau ‘Generational End Game‘ (GEG).

Katanya, RUU ini amat penting bagi mengurangkan budaya merokok dalam kalangan masyarakat. Ini juga untuk melindungi dan mengelakkan ketagihan merokok terutamanya bagi golongan muda.

“Saya selaku Exco Kesihatan Negeri Sabah telah membawa kertas makluman tentang usaha pembentangan RUU ini di mesyuarat Kabinet.

“Kabinet Negeri Sabah telah bersetuju untuk menyokong pembentangan RUU tersebut dibentang di Parlimen.

“Ianya selaras dengan aspirasi negara untuk mewujudkan Generasi Penamat atau GEG.

“Kerajaan Negeri Sabah juga akan turut serta untuk merealisasikan aspirasi ini demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Untuk rekod, GEG merupakan golongan generasi muda yang lahir bermula pada tahun 2005 dan tahun-tahun seterusnya.

Kertas Cadangan Akta Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Kerajaan Negeri Sabah pada 13 Julai 2022.

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular