HomeIsu tempatan7 SAN & 4 SAR sertai Majlis Ihtifal Ilmi Peringkat Daerah Ranau

7 SAN & 4 SAR sertai Majlis Ihtifal Ilmi Peringkat Daerah Ranau

Read Time:1 Minute, 6 Second

RANAU: Sebanyak tujuh buah Sekolah Agama Negeri (SAN) dan empat buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) menyertai Majlis Ihtifal Ilmi Peringkat Daerah berlangsung di SAN Pekan Ranau di sini, baru-baru ini.

Perasmian majlis secara bersemuka itu, telah disempurnakan Setiausaha Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Attin Naisin yang mewakili Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Dalam majlis itu, Attin menyeru para ibu bapa atau penjaga murid-murid yang sedang menuntut di semua SAN dan SAR supaya mengambil peranan dan perhatian serius terhadap pembelajaran anak-anak dalam  aspek agama dan  bidang akademik sebagai panduan kehidupan masa depan mereka.

“Mendidik anak-anak dalam aspek agama adalah paling penting sebagai benteng mereka daripada terlibat dalam aktiviti seperti gejala sosial yang merosakkan masa depan,” jelas Attin.

Sementara itu, beliau turut berharap agar SAN dan SAR dapat memilih peserta yang terbaik bakal mewakili daerah Ranau  ke  Ihftal Ilmi Peringkat Negeri Sabah tidak lama lagi.

Sempena majlis itu,  sebanyak empat acara yang dipertandingkan melibatkan 110 peserta termasuklah Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Maharah Al-Kitabah, Wal-Qiraah, Bercerita Sira Nabi dan tulisan Khat.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Guru Besar SAN Pekan Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Ustazah Jumiti Rasim, rombongan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, ibu bapa, guru-guru dan murid.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya