HomeUtamaSistem Aduan dilancar, kompaun terhadap individu buang sampah merata-rata dari kenderaan

Sistem Aduan dilancar, kompaun terhadap individu buang sampah merata-rata dari kenderaan

Read Time:2 Minute, 28 Second

Oleh: NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengenakan kompaun ke atas individu yang didapati bersalah membuang sampah merata-rata dari kenderaan di kawasan bandaraya.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, susulan perkara itu pihak DBKK telah melancarkan Sistem Aduan Pembuangan Sampah Dari Kenderaan, sistem itu sebenarnya sudah lama dilaksanakan dan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan warga bandaraya, pihak DBKK amat memandang serius dalam aspek menjaga kebersihan bandaraya khususnya bagi mereka yang suka membuang sampah dari kenderaan.

“Sesiapa yang ternampak seseorang membuang sampah dari kenderaan bukan ditempat yang sepatutnya walau sekecil mana sampah seperti puntung rokok dan apa sahaja jenis sampah di kawasan bandaraya Kota Kinabalu, tolong buat laporan kepada hotline DBKK.

“Ambil maklumat seperti gambar atau video, nombor pendaftaran kenderaan, masa, tarikh dan lokasi kejadian sebagai bukti, lapor melalui aplikasi Whatsapp di talian 012-2220220 (DBKK).

“Pihak DBKK mempunyai satu jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan kompaun sekiranya ada pembuktian yang jelas, kompaun akan dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 Bandaraya Kota Kinabalu Pindaan 2005 kepada pesalah yang didapati membuang sampah merata-rata. Kompaun tersebut akan dihantar kepada pemilik kenderaan yang dilaporkan,” katanya.

Noorliza berkata demikian pada sidang media semasa melancarkan Sistem Aduan Pembuangan Sampah Dari Kenderaan, Program Recycle & Upcycle di Pusat Lestari Kota Kinabalu, Dewan Masyarakat di sini pada Sabtu. (16 Julai)

Dalam pada itu, Noorliza turut menjelaskan tujuan sistem aduan ini, meningkatkan kesedaran orang awam untuk tidak membuang sampah merata-rata tempat disamping meningkatkan kesedaran orang awam untuk menjaga kebersihan dan menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandaraya bersih dan bebas sampah.

Beliau turut menyentuh mengenai program hari ini merupakan kesinambungan aktiviti di Pusat Lestari Kota Kinabalu yang dilancarkan 4 April tahun lalu yang terhenti disebabkan pandemik Covid-19, manakala ramai vendor turut berhenti pada ketika itu.

Pusat Lestari Kota Kinabalu (PLKK) ialah pusat yang menawarkan perkhidmatan membaik pulih barang yang rosak agar boleh diguna semula. Tujuan PLKK ialah untuk menggalakkan elemen REUSE disamping mengurangkan penjanaan sampah dalam Bandaraya KK. PLKK dibuka setiap hari pada jam 8 pagi – 5 petang.

Di PLKK, Noorliza berkata, orang awam yang hadir boleh mendapat secara percuma barangan terpakai seperti pakaian, buku, permainan kanak-kanak, beg, kasut. Semua barangan tersebut merupakan sumbangan dari orang awam.

“PLKK akan membeli barangan kitar semula seperti kertas, botol plastik dan tin aluminium daripada orang awam dan pusat ini juga telah menyediakan perkhidmatan pusat pengumpulan e-waste kepada orang awam. Selain itu Fatthopes Energy akan membeli minyak masak terpakai dengan harga RM3.50 sekilogram,” jelasnya.

Dalam pada itu, Noorliza turut berpuashati kerana sambutan program hari ini amat menggalakkan lebih 400 orang yang hadir dengan pembukaan semula PLKK ini.

“Saya juga mencadangkan supaya acara sebegini akan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali di luar Pusat Lestari seperti di pasar mingguan Jalan Gaya, antara aktiviti diadakan seperti menjahit eco-bag untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik.

“Kepada orang ramai yang mempunyai minyak masak terpakai bolehlah membawa dan menjualnya ke Pusat Lestari KK,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dikhuatiri hilang di sungai semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular