HomeSukanBorneo Battle wadah satukan anak muda di Sabah

Borneo Battle wadah satukan anak muda di Sabah

Read Time:58 Second

TUARAN : Penganjuran Borneo Battle Bboy menjadi wadah kepada penyatuan anak muda pelbagai kaum khususnya di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismadi Sakirin berkata, sukan gabungan gerakan seni bela diri dan gimnastik mampu menjadi platform anak muda mengisi masa lapang disamping menjadi medium menyatukan rakyat pelbagai kaum.

“Tarian yang dulu dikenali sebagai breakdance kini diterima baik oleh ramai anak muda dengan penyertaan melebihi 40 orang. 

“Buat pertama kali, DBKL sampai di Tuaran mewakili Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai pempamer serta penyelaras aktiviti khusus untuk para belia sempena karnival yang berlangsung selama tiga hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pertandingan Borneo Battle Bboy dan All Style Dance di gelanggang Padang Pekan Tuaran, di sini semalam.

Ismadi berkata, Borneo Battle Bboy Dance ini diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) bagi menyerlahkan lagi bakat tarian breakdance anak-anak muda.

“Cetusan idea menyertai HBN 2022 adalah ilham pasukan  Pembangunan Komuniti dan Sukan DBKL dengan kerjasama Kementerian Dan Sukan dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM6,600.

Rata-rata peserta yang ditemui menyarankan agar kerajaan memberi lebih perhatian terhadap fasiliti untuk kegunaan latihan dan persembahan.

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular