HomeUtamaDUN Sabah : Usaha Sabah tarik pelancong ke negeri ini membuahkan hasil

DUN Sabah : Usaha Sabah tarik pelancong ke negeri ini membuahkan hasil

Read Time:3 Minute, 8 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]
Foto : Jabatan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU : Usaha Kerajaan Negeri dalam menarik pelancong ke Sabah telah membuahkan hasil menerusi peningkatan ketara dalam jumlah kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sepanjang Januari 2022 hingga Mei 2022, jumlah keseluruhan pelancong ke negeri Sabah adalah seramai 558,169 berbanding 102,965 dalam tempoh sama pada tahun 2021.

Katanya, ini menunjukkan kadar peningkatan jumlah pelancong sebanyak 442 peratus dan diyakini akan  terus meningkat menjelang hujung tahun ini berikutan pembukaan pintu masuk darat, laut dan udara.

“Dengan kehadiran pelancong ini sudah tentu sektor perkhidmatan dan yang terkait seperti hotel, pengangkutan dan makanan akan cepat pulih seperti biasa. Ini juga membuktikan keberkesanan pendekatan Kerajaan Negeri memulihkan ekonomi menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.

“Keyakinan pelabur dan perwakilan negara asing terhadap tadbir urus Kerajaan Negeri yang dipandu arah oleh Pelan Pembangunan SMJ juga telah meningkat.

“Ini dapat dilihat apabila negeri Sabah telah  dan terus dikunjungi perwakilan negara asing. Setakat ini kita telah menerima kunjungan daripada 24 pesuruhjaya, duta dan konsulat jeneral daripada negara Asean, Asia, Timur Tengah Dan Eropah,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika menjawab pertanyaan Datuk Rubin Balang (BN-Kemabong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Hajiji berkata, dalam Sektor Pelancongan, dua MoU telah ditandatangani dengan dua pemaju untuk membangunkan sektor kemudahan pelancongan.

Katanya, antaranya usaha sama kumpulan Yayasan Sabah dengan Tegas Bangsa Sdn. Bhd., untuk membangunkan Lok Kawi Resort City dengan nilai pelaburan RM7 bilion dan Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd., membangunkan Pavilion Harbour City bernilai RM2 bilion. 

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri akan memastikan  anak-anak Sabah tidak tercicir atau ketinggalan dalam bidang pendidikan demi menjamin masa depan mereka.

Katanya, sebagai inisiatif untuk mengelakkan keciciran ini daripada berlaku, Kerajaan Negeri melalui Pelan Pembangunan SMJ telah memperkenalkan beberapa pakej insentif untuk diberikan kepada anak-anak Sabah, bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian mereka.

“Pelaksanaan pakej insentif itu dijalankan melalui program bantuan pendidikan yang telah dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM24 Juta pada tahun 2021, seperti  Program Bantuan Institusi Pengajian Tinggi, Program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Program Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan Program Bantuan Wang Pendaftaran IPT (BUDI).

“Inisiatif ini juga memberikan impak ekonomi melalui kitaran wang di pasaran pada masa yang sama membantu meringankan bebanan rakyat yang sememangnya terkesan dengan impak pandemik COVID-19,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga telah meneruskan dan menambah inisiatif  bantuan pendidikan yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 seperti program BUDI, program BAKTI dan program BAIK dengan peruntukan berjumlah RM35 Juta.

“Kerajaan turut melaksanakan program-program bantuan pendidikan baru melalui Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) dengan peruntukan berjumlah RM5 juta iaitu pemberian bantuan RM100 kepada setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula tahun 2022 melalui pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

“Selain itu, pada tahun ini juga, Kerajaan Negeri telah melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bertujuan memberikan bantuan pendidikan  khusus untuk anak Sabah daripada golongan B40 bagi meningkatkan peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke IPT dengan dana permulaan sebanyak RM54.5 juta,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bagi membantu Kerajaan Negeri, dalam menggerakkan agenda kebajikan melalui pemerkasaan hubungan kerjasama di antara kerajaan dengan NGO, korporat dan swasta serta badan-badan lain yang bersedia untuk mencari dana dan menyalurkan sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas.

Katanya,  ini bertujuan agar golongan-golongan ini tidak terus ketinggalan khususnya di dalam bidang ekonomi

“Selain itu, bagi membantu meringankan beban ekonomi rakyat negeri Sabah khususnya dalam isu pemilikan rumah mampu milik di negeri ini, Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk membina sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ dibina di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan perbelanjaan RM125.6 juta,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya