HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Negeri komited tingkat ekonomi Sabah, rakyat

DUN Sabah : Kerajaan Negeri komited tingkat ekonomi Sabah, rakyat

Read Time:2 Minute, 8 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]
Foto : Jabatan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri terus komited untuk meningkatkan lagi ekonomi negeri dan rakyat dengan strategi yang lebih mampan khususnya menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0: 2021-2025).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini termasuklah 20 Memorandum Persefahaman (MoU) atau Memorandum Perjanjian (MoA) yang berjaya ditandatangani bernilai RM47.36 bilion.

Katanya, ia juga termasuk enam MoU atau MoA yang dimeterai semasa majlis sambutan setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya dengan nilai pelaburan RM19.9 bilion di Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP).

“Petronas juga akan meningkatkan pelaburannya di SOGIP melalui pembinaan loji gas asli cecair (ZLNG) pesisir pantai yang pertama dan terbesar di Sabah bernilai RM8.8 bilion.

“Pelaburan yang telah direalisasikan dalam Sektor Pertanian ialah pelaburan daripada syarikat Linaco Sdn. Bhd., dengan nilai pelaburan RM420 juta untuk membangunkan tanaman kelapa, dan juga pembinaan Kilang Pemprosesan Kelapa di Paitan dengan nilai pelaburan RM200 juta.

“Syarikat ini merupakan pengeluar utama produk-produk berasaskan kelapa yang membangunkan Projek Penanaman Kelapa Berhasil Tinggi. Inisiatif ini juga mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 3,250. Penanaman kelapa telah pun bermula pada 19 Mac 2022 dan dalam tempoh lima tahun, dijangka keluasan tanaman ini akan mencapai 5,000 ekar,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika menjawab pertanyaan Datuk Rubin Balang (BN-Kemabong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Hajiji berkata, dalam Sektor Perindustrian, pelaburan yang telah direalisasikan ialah  kilang pembuatan kerajang tembaga oleh syarikat SK Nexilis bernilai RM4.28 bilion dimana kilang ini telah dibina di tanah seluas 100 ekar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan dijangka beroperasi pada tahun 2023 selain mewujudkan lebih 400 peluang pekerjaan.

Katanya, ketika fasa pembinaan ini, seramai 3,000 orang dalam pelbagai bidang diperlukan dan pada masa yang sama SK Nexilis telah mula mengeluarkan iklan mencari pekerja dalam bidang kejuruteraan, kejuruteraan alam sekitar, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrikal, sumber manusia, kewangan dan lain-lain.

“Setakat bulan Jun 2022, kemajuan pembangunan projek ini adalah pada tahap 23.8 peratus. Selain itu, pelaburan Syarikat SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd. bernilai RM2 bilion dan menawarkan 1,800 peluang pekerjaan.

“Syarikat ini telah memeterai perjanjian pajakan tanah pada 17 Mac 2022 dan dijangkakan syarikat ini akan beroperasi pada bulan November 2023,” katanya.

Selain itu juga katanya, sebanyak tujuh pelaburan domestik dalam bidang industri produk logam fabrikasi, industri pembuatan makanan, industri pembuatan minuman dan industri peralatan pengangkutan telah berjaya dibawa masuk dengan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM80 juta di KKIP dimana pelaburan ini telah menjana 187 peluang pekerjaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya