Belia perlu dalami adat, budaya kaum di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

TUARAN : Golongan belia perlu terus mengambil inisiatif bagi mendalami adat dan budaya kaum di negeri ini.

Menteri Belia Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, penganjuran pertandingan Gegar Tradisi amat sesuai diadakan terutamanya bagi golongan belia dan remaja untuk mempelajari  ilmu tempatan, adat dan budaya.

“Oleh kerana Sabah kaya dengan adat budaya dan tradisi, seluruh masyarakat diharap dapat mengambil inisiatif bagi mempelajari dan mendalami ilmu tempatan, adat dan budaya kaum-kaum di Malaysia khususnya di Sabah.

“Melalui platform inilah yang akan memberikan pendedahan kepada warga muda untuk lebih menghargai warisan kebudayaan mereka ini, “katanya semasa merasmikan Program Gegar Tradisi sempena Karnival Sambutan Hari Belia Negara 2022 di Padang Pekan Tuaran, di sini semalam.

Ellron berkata, program bersempena Sambutan Hari Belia Negara 2022 bertemakan “Ini Masa Kita” amat  bertepatan dalam usaha memelihara khazanah yang berharga dan telah sinonim dengan identiti negeri ini. 

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah di atas penganjuran pertandingan 

Pertandingan Gegar Tradisi tersebut disertai seramai lapan kumpulan tarian dan lima kumpulan muzik etnik kreatif tradisional Sabah.

Turut hadir dalam program tersebut,  Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawwaz Abekan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *