HomeUtamaPenglibatan belia dalam aktiviti kerohanian bentuk pemimpin berkaliber

Penglibatan belia dalam aktiviti kerohanian bentuk pemimpin berkaliber

Read Time:1 Minute, 22 Second

TUARAN : Penglibatan golongan belia dalam aktiviti dan program kerohanian dilihat amat penting bagi membentuk pemimpin pelapis serta berkaliber dalam semua aspek kepimpinan.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah Azrul Ibrahim berkata, ini dapat dilihat menerusi kehadiran ribuan masyarakat setempat khususnya belia bagi memeriahkan program Belia Sabah Berselawat.

“Kita melihat belia perlu dihidangkan dengan program-program rohani disamping program lain.  Ini kerana belia merupakan pelapis Kerajaan pada masa akan datang.

“Pengisian rohani ini cukup penting.  Sebagai pelapis pemimpin muda iaitu belia, mereka bukan saja perlu hebat dari pelbagai sudut namun pengisian rohani itu juga cukup penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Belia Sabah Berselawat di Padang Pekan Tuaran di sini malam ini.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan dihadiri bersama Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim.

Program itu diadakan bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2022 peringkat Kebangsaan dan dianjurkan IKRAR JKM Sabah dengan kerjasama Majlis Belia Sabah (MBS) dan Tuaran Youth Town Club (TYTC).

Azrul berkata, program itu turut disertai para pelajar sekolah menengah tingkatan lima dan enam selain pemimpin persatuan belia sekitar Tuaran dan Kota Kinabalu selain beberapa daerah berhampiran.

Belia Sabah Berselawat itu juga diserikan dengan persembahan selawat dan qasidah daripada gabungan kumpulan qasidah sekitar Tuaran, Papar dan Kota Kinabalu selain  Tilawah Al-Quran yang disampaikan oleh johan qari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah Ustaz Hamdi Yusof.

Selain itu, tausiyah yang disampaikan oleh Timbalan Mufti kerajaan negeri Sabah SF Dr. Mohamad Ali serta penampilan khas kumpulan nasyid UNIC.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya