HomeUtamaDUN Sabah : Sandakan rekod kes denggi tertinggi di negeri ini

DUN Sabah : Sandakan rekod kes denggi tertinggi di negeri ini

Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]
Foto : Jabatan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) merekodkan sebanyak 1,791 kes denggi yang didaftarkan sehingga 2 Julai lalu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia merupakan peningkatan kes sebanyak 101.9 peratus berbanding tempoh masa yang sama  iaitu sebanyak 887 kes pada tahun lalu.

“Bagi daerah Sandakan, jumlah kes denggi didaftarkan sehingga 2 Julai lalu adalah 327 kes dimana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 436 peratus berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lalu.

“Masih terdapat enam kawasan wabak denggi yang aktif dilaporkan di Sandakan.  Justeru, JKNS telah dan sedang melaksanakan beberapa langkah proaktif dalam menangani kes denggi di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Hiew Vun Zin (Warisan- Karamunting) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Shahelmey berkata, antara langkah-langkah yang diambil termasuklah pemantauan kes dan aktiviti kawalan denggi; pemeriksaan premis pembiakan nyamuk Aedes dan Operasi Penguatkuasaan dan Promosi Kesihatan.

Katanya, bagi daerah Sandakan yang mempunyai 11 hotspot, Kementeriannya melalui JKNS telah menggerakkan pasukan bantuan dan logistik kepada daerah itu bagi membendung kes denggi yang semakin meningkat.

“Terdapat 18 lokaliti seluruh Sandakan telah mengadakan gotong-royong kecil untuk membendung wabak denggi,” katanya.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan tambahan Phoong Jin Zhe (DAP-Luyang) mengenai apakah usaha dan kerjasama yang telah diwujudkan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengelakkan penularan wabak denggi, Shahelmey berkata setiap PBT mempunyai jawatankuasa kesihatan yang dianggotai oleh pelbagai jabatan yang ada di daerah tersebut.

“Suda pastinya sewaktu mereka mengadakan mesyuarat terutama dalam hal-hal kesihatan, hal ini telah diambil kira.

“Saya mengambil maklum lontaran yang telah dikemukakan oleh ADUN Karamunting dan juga ADUN Luyang tadi untuk dibawa ke pengetahuan Pihak Berkuasa Tempatan lalui Jabatan Kesihatan ataupun pegawai-pegawai kesihatan yang ada di daerah-daerah negeri Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya