HomeUtamaDUN Sabah : Sabah batal permit kerja dua syarikat minyak dan gas...

DUN Sabah : Sabah batal permit kerja dua syarikat minyak dan gas jika gagal bayar CJN

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menghentikan dan membatalkan permit kerja bagi dua buah syarikat minyak dan gas yang gagal membayar Cukai Jualan Negeri (CJN) yang dituntut oleh Kerajaan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pembatalan semua permit kerja berkenaan akan berkuatkuasa bermula 1 Oktober depan.

“Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa siri tindakan termasuk mengeluarkan surat menuntut tunggakan bayaran cukai jualan negeri daripada syarikat terbabit pada 8 Jun lalu dan pada 14 Jun lalu, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat penolakan kepada rayuan yang dikemukakan oleh pihak syarikat.

“Pada 21 Jun lalu, Pengarah CJN telah mengeluarkan notis taksiran kepada pihak syarikat bagi menuntut pembayaran cukai tertunggak berserta penalti yang berjumlah RM 97.31 juta (RM65.65-Cukai, RM31.66-Penalti) setakat ini dan ianya perlu dijelaskan secara penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan. Yang mana jika gagal, tindakan sivil akan diambil oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dua syarikat berkenaan adalah SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH) dan Repsol Oil and Gas Ltd (Repsol).

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, sehari selepas notis taksiran dikeluarkan, Kerajaan Negeri telah mengadakan pertemuan dengan pihak PETRONAS dan syarikat terlibat untuk membincangkan pembayaran cukai yang tertunggak beserta penalti yang dikenakan.

Katanya, keputusan yang dicapai adalah pihak syarikat memohon tempoh penangguhan selama satu minggu untuk berunding dengan PETRONAS dan akan memaklumkan keputusan mereka selepas tempoh tersebut.

“Pada 1 Julai lalu, Kerajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat bersama PETRONAS bagi membincangkan tindakan-tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas pihak syarikat susulan kepada persetujuan yang dicapai menerusi mesyuarat pada 22 Jun.

“Seterusnya pada 8 Julai lalu, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat kepada syarikat yang berkenaan bagi memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menghentikan dan membatalkan semua pas kerja untuk operasi syarikat berkenaan di Sabah berkuat kuasa 1 Oktober depan sekiranya pihak syarikat masih gagal untuk membayar jumlah CJN yang dituntut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Ditemui Meninggal Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular