Profesor buat tuntutan palsu RM66,000 bakal dituduh di mahkamah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Seorang Pensyarah berstatus Profesor di sebuah universiti di Sabah bakal dituduh di mahkamah atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu melibatkan dana penyelidikan berjumlah lebih RM66,000.

Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada jam 10 pagi, hari ini.

Menurut sumber, profesor terbabit dipercayai mengemukakan tuntutan palsu pada tahun 2014 hingga 2017 ketika bertugas sebagai pengarah institut di universiti berkenaan.

Difahamkan tuntutan palsu tersebut melibatkan dana penyelidikan namun tiada perbelanjaan dilakukan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *