HomeUtamaDUN Sabah : RM3 juta diperuntukan laksana BAGUS, perkasa peranan PIBG

DUN Sabah : RM3 juta diperuntukan laksana BAGUS, perkasa peranan PIBG

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas pada tahun ini telah memperuntukan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan Program Bantuan Aktiviti Guru dan Ibubapa Sabah (BAGUS).

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peruntukan yang disediakan Kerajaan itu adalah bagi memperkasakan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah.

“Program ini merupakan bantuan peruntukan ‘One-Off’ sebanyak  RM2,000 yang diberikan kepada 1,500 PIBG sekolah di seluruh negeri Sabah agar mereka dapat memantapkan lagi aktiviti mereka.

“Setakat ini bagi daerah Kota Belud sebanyak 16 PIBG sekolah telah dibantu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 32,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fairuz Renddan (BERSATU-Pintasan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, bagi Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), program ini merupakan bantuan bagi pembekalan alat-alat kelengkapan sekolah.

Katanya, ia termasuklah seperti komputer, Mesin Pencetak, Multimedia Projektor, perabot dan alat-alat bantuan untuk tujuan pembelajaran.

“Bantuan ini akan diberikan kepada 1,500 buah sekolah diseluruh negeri Sabah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM12.6 Juta. Bagi daerah Kota Belud sebanyak 66 buah sekolah telah diberi bantuan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya