HomeUtamaDUN Sabah : Lebih RM12.41 juta peruntukan diluluskan untuk kawasan pembangkang

DUN Sabah : Lebih RM12.41 juta peruntukan diluluskan untuk kawasan pembangkang

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU :  Sejumlah lebih RM12.41 juta peruntukan telah diluluskan kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di kawasan pembangkang menerusi Peruntukan Khas yang diuruskan Kementerian Kewangan.

Pembantu Menteri Kewangan Jasnih Daya berkata, peruntukan yang diluluskan sehingga Jun tahun ini itu adalah melibatkan sebanyak 354 projek-projek kecil.

“Peruntukan daripada Kerajaan Negeri kepada UPPM di kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang adalah di bawah Peruntukan Khas dan diurus oleh Kementerian Kewangan. 

“Permohonan bagi mendapatkan peruntukan ini perlu dikemukakan kepada Ketua Menteri.  Ini bermaksud bahawa peruntukan hanya akan disalurkan ke Pejabat yang berkenaan sekiranya ada kelulusan daripada Ketua Menteri dan ianya tertakluk kepada prosedur kewangan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Alias Sani (WARISAN-Sekong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Jasnih berkata, daripada jumlah yang telah diluluskan, sebanyak RM11,173,000 telah dan   dalam proses  penyaluran kepada Pejabat di mana UPPM berkenaan berada.

Katanya, jumlah yang selebihnya masih dalam proses mendapatkan maklumat lengkap dari pejabat yang terlibat.

“Bagi melicinkan dan mempercepatkan proses penyaluran peruntukan khas ini oleh pihak Kementerian Kewangan, diharapkan pihak UPPM yang terlibat dapat mengemukakan  permohonan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya