HomeUtama2 Pegawai MARA didakwa, Hadapi lima tuduhan menggunakan jawatan untuk meluluskan...

2 Pegawai MARA didakwa, Hadapi lima tuduhan menggunakan jawatan untuk meluluskan pembayaran elaun memangku

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR —Dua pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) masing-masing berhadapan dengan lima tuduhan menggunakan jawatan untuk meluluskan pembayaran elaun memangku.

Tertuduh pertama, Noor Irwan Marmin, 44, sebagai pegawai badan awam iaitu pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (memangku) MARA Corporation Sdn. Bhd. di antara 17 September 2021 hingga 21 Januari 2022 didakwa telah meluluskan Internal Memo, Payroll And Contract Engagement Payment berjumlah RM46,218.75 untuk dirinya. 

Beliau dituduh di bawah Seksyen 23 (1) Aka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) 2009 [Akta 694]. 

Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun, denda  tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang diterima atau juah yang tertinggi. 

Beliau yang diwakili oleh peguam, Aizat Mustafa dan Ozier Farhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tuduhan berkenaan dan minta dibicarakan.

Hakim, Suzana Hussin kemudian menetapkan ikat jamin sebamyak RM45,000 selain mengarahkan Irwan menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes tersebut selesai. 

Dalam masa yang sama, beliau turut diarahkan melaporkan diri di pejabat SPRM yang berdekatan setiap bulan. 

Sementara itu tertuduh kedua, Rizal Abdul Ghani juga mengaku tidak bersalah dengan lima tuduhan terhadapnya. 

Beliau didakwa melakukan kesalahan berkenaan ketika menyandang jawatan Pengarah Kewangan Korporat Kumpulan MARA.

Terdahulu, beliau yang tidak diwakili peguam didakwa turut meluluskan memo yang sama bagi bulan September, Oktober, November, Disember 2021 dan Januari 2022 berjumlah RM40,875 sebagai bayaran elaun memangku untuk dirinya. 

Beliau didakwa bertindak demikian  tanpa kelulusan Ahli Lembaha Pengarah MARA Corporation Sdn. Bhd Lapor Portal Malaysia gazatte.

Rizal yang hadir ke mahkamah tanpa peguam diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM40,000.

Kes sebutan untuk kedua-dua tertuduh berkenaan ditetapkan pada 23 Ogos ini. 

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya bagi bagi kes berkenaan, A. Kalai Vani dan Nurul Atiqah Mohamad Alias memohon kedua-dua tertuduh dibicarakan serentak

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya