HomeUtamaMelaksanakan pemeriksaan & pengauditan di setiap peringkat rantaian pengedar minyak masak adalah...

Melaksanakan pemeriksaan & pengauditan di setiap peringkat rantaian pengedar minyak masak adalah tepat – Suhaimi

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan negeri mengambil enam langkah dalam usaha menangani masalah kekurangan minyak masak paket polibeg adalah tepat dan memastikan tidak berlaku ketirisan bahan subsidi itu ke negara jiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Suhaimi Nasir berkata, langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah adalah melaksanakan pemeriksaan dan pengauditan di setiap peringkat rantaian pengedar minyak masak.

“Menjalankan pemeriksaan pematuhan permit ke atas peniaga-peniaga kecil dan pengusaha restoran. Membuat risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit dengan sasaran terpilih yang disyaki menyeleweng minyak masak bersubsidi termasuk risikan ke negara jiran.

“Menggantung kuota dan lesen ke atas syarikat yang didapati terbabit melakukan penyelewengan dan penyeludupan,” katanya selepas menerima jawapan lisan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir. Shahelmey Yahya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, kelmarin.

Suhaimi berkata pihak kerajaan juga menetapkan had pembelian minyak masak polibeg sebanyak tiga paket untuk memastikan lebih ramai pengguna isi rumah dapat menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

“Kerajaan juga mengambil langkah meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Eastern Sabah Secuarity Command (ESSCOM),” katanya.

Beliau berkata kerajaan maklum tentang kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi di pasaran yang mana kouta minyak masak polibeg 1 kilogram untuk negeri Sabah adalah 5,661 Metrik Tan sebulan.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata kerajan negeri melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah mengambil inisiatf untuk menubuhkan satu jawatankuasa adhoc Bersama KPDNHEP Sabah dan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAF) untuk membincangkan kesan kenaikan harga barangan di negeri ini.

“Jawatankuasa ini mengambil langkah-langkah menangani isu kenaikan harga termasuk minyak masak dan seterusnya mencadangkan mekanisme jangka pendek dan jangka masa Panjang,” katanya.

Beliau memberitahu punca kekurangan minyak masak paket adalah disebabkan tiga punca iaitu harga kawalan minyak masak paket yang rendah telah menyebabkan pengguna minyak masak botol beralih kepada minyak masak polibeg.

“Punca kedua disebabkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana turut mengambil peluang untuk menggunakan minyak masak polibeg walaupun kerajaan persekutuan telah menetapkan minyak masak subsidi polibeg 1 kilogram ini hanya untuk pengguna isi rumah domestik dan punca ketiga adalah aktiviti penyeludupan keluar minyak masak polibeg,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Laluan berhampiran Menara Kinabalu ditutup sebahagian 31 Disember ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular