HomeUtamaHari Belia Negara di Tuaran catat 39,000 pengunjung - MBS

Hari Belia Negara di Tuaran catat 39,000 pengunjung – MBS

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Belia Negara yang diadakan bermula 15 hingga 17 Julai lalu di daerah Tuaran mencatatkan seramai 39,000 jumlah pengunjung.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan berkata, catatan itu sekaligus memperlihatkan sambutan luar biasa dan memberangsangkan di kalangan penduduk serta belia setempat untuk hadir pada hari bersejarah berkenaan.

Beliau berkata, jumlah berkenaan pada masa yang sama memberi suntikan baharu kepada golongan belia di negeri ini untuk memberi isyarat kepimpinan muda bersedia mengorak langkah dalam semua aspek, baik ekonomi, pembangunan dan juga sosio.

“Seramai 39,000 orang jumlah kehadiran pengunjung telah dicatatkan bagi keseluruhan program sepanjang sambutan ini berlangsung.

“Hal ini menunjukkan bahawa golongan belia sentiasa menyahut semangat Hari Belia Negara ini sama ada di bandar mahupun luar bandar. Penyertaan dan kehadiran para belia dari luar bandar atau pedalaman jelas memaparkan keprihatinan MBS terhadap golongan ini sudah tidak dinafikan lagi.

“MBS amat komited dalam usaha membangunkan belia seluruh Sabah tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Untuk rekod, Sabah menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Belia Negara bertempat di Padang Pekan Tuaran, Tuaran pada 15 hingga 17 Julai lalu.

Acara perasmian hari bersejarah itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta barisan pemimpin setempat.

Abqaree dalam pada itu menambah, pihak MBS amat merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Belia Negara di Tuaran.

“Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Sabah yang sentiasa memberi sokongan serta dorongan kepada kami generasi belia untuk terus bersemangat dalam menjayakan sambutan HBN di Sabah.

” Sambutan ini merupakan salah satu penghargaan besar kepada kami golongan belia di Sabah.

” Majlis Belia Sabah menyahut saranan Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Belia Dan Sukan Sabah dalam mensejahterakan dan memakmurkan modal insan selaras dengan pelan halatuju Sabah Maju Jaya.

” Tidak ada kata-kata yang dapat mengungkapkan rasa terima kasih saya kepada agensi-agensi kerajaan, Pejabat Daerah, Majlis Daerah, NGO, GLC dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung, kerjasama anda semua amat dihargai,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya