HomeUtamaGRS akan anjur Road Show Program GRS Bersama Rakyat

GRS akan anjur Road Show Program GRS Bersama Rakyat

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan “road show” Program GRS Bersama Rakyat di setiap kawasan parlimen negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, road show itu akan diadakan bermula bulan Ogos ini.

“Mesyuarat GRS hari ini juga membincang mengenai persiapan Pilihan Raya Parlimen yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa,” kata Hajiji yang juga Pengerusi GRS selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di Ibu Pejabat GRS, Alamesra, hari ini.

“Kita perlu mengadakan persiapan lebih awal agar jentera pilihan raya GRS bersiap siaga menghadapi pilihanraya umum akan datang,” tegasnya.

Hajiji berkata, mesyuarat kali ini tidak membincangkan tentang permohonan parti-parti politik yang berminat menyertai GRS.

“Setakat ini belum ada sebarang keputusan mengenai penerimaan lain-lain parti ke dalam GRS. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang”, tambahnya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah 3 Timbalan Pengerusi GRS iaitu Datuk Seri Dr.Maximus J.Ongkili, Datuk Seri Dr.Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Yong Teck Lee, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai, Bendahari, Ardino Diris dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya