KOTA KINABALU : Kesungguhan warga pendidik dan ibu bapa yang sentiasa berganding bahu dalam melahirkan modal insan berkualiti buat negara meskipun berdepan pandemik COVID-19 wajar dihargai.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, meskipun dunia berdepan dengan COVID-19 dua tahun lalu namun semangat pendidik dan ibu bapa terus membara mewarnai arus pendididkan khusunya di negeri ini.
“Permuafakatan seumpama ini merupakan landasan terbaik untuk mengukuhkan ukuhwah dan persefahaman yang jitu dalam kalangan warga pendidik iaitu pihak sekolah dan para ibu bapa.
“Malahan, kesepaduan ini juga dapat mempereratkan kerjasama dan melakar keharmonian dengan masyarakat setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok 2022/2023 di sini kelmarin.
Yakub berkata, permuafakatan yang tercipta dikalangan pendidik dan ibu bapa yang terjalin selama ini harus dipelihara agar semua pihak dapat melaksanakan tanggungjawanb dalam suasana yang harmoni.
“Saya amat berbangga dengan pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sekolah ini yang mana telah menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 4.95.
“Pencapaian ini sangat membanggakan bagi seluruh warga SMK Pekan Telipok. Syabas dan tahniah buat warga pendidik dan para ibu bapa. Anda telah membuktikan bahawa walau apa pun cabaran yang dihadapi, kecemerlangan anak-anak tetap diutamakan,” katanya.
Terdahulu, Yakub turut meluluskan peruntukan berjumlah RM20,000 bagi membina pondok ilmu disekolahg berkenaan.