HomeUtamaBomba selamatkan lelaki selepas 4 jam terperangkap dalam runtuhan tanah

Bomba selamatkan lelaki selepas 4 jam terperangkap dalam runtuhan tanah

Read Time:1 Minute, 7 Second

CYBERJAYA– Selepas kira-kira empat jam terperangkap dalam runtuhan tanah di sebuah sekolah menengah sains di Bandar Penawar, Johor seorang pekerja lelaki akhirnya berjaya diselamatkan.

Mangsa berusia 44 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan, namun berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 2.20 petang semalam.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan pegawai bersama anggota dari Balai Polis Bandar Penawar bergegas untuk mengawal keadaan di lokasi insiden.

Katanya, operasi menyelamat itu turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar serta BBP Sebana Cove, kakitangan Klinik Kesihatan Bayu Damai, dan pihak sebuah syarikat kontraktor lapor Berita Harian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika empat pekerja syarikat terbabit termasuk mangsa, sedang menjalankan kerja membaik pulih loji kumbahan di sekolah berkenaan.

“Ketika itu, tanah di tepi tangki loji kumbahan runtuh atau jerlus menyebabkan seorang mangsa terperangkap dan tertimbus hingga ke paras pinggang, manakala tiga lagi pekerja sempat menyelamatkan diri.

“Mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, operasi tamat pada jam 6.50 petang semalam.

Katanya, mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak KKM untuk menerima rawatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya