HomeIsu tempatanEmpat premis jual ‘SanDisk’ tiruan diserbu

Empat premis jual ‘SanDisk’ tiruan diserbu

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Empat premis perniagaan elektronik sekitar daerah ini diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menjual peralatan jenama ‘SanDisk’ tiruan di sini semalam.

Dalam operasi yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah itu turut menyita 1,479 pemacu pena (pendrive) dan kad memori pelbagai kapasiti.

Pengarah Pejabat KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, serbuan yang dijalankan dua pasukan pegawai penguatkuasa KPDNHEP Sabah itu turut disertai lima wakil pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama ‘SanDisk’.

Katanya, semua barangan yang disita adalah dianggarkan bernilai RM41,376.50 dan tindakan kes diambil di bawah Akta Cap Dagang 2019.

“Keempat-empat pemilik premis perniagaan terbabit adalah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kes ini akan disiasat mengikut seksyen 102(1),(b)&(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barangbarang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan,” katanya.

Sementara itu, Georgie berkata, Kementerian ini akan terus menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Cap Dagangan 2019 bagi membanteras penjualan barangan tiruan dan aktiviti cetak rompak di pasaran.

Katanya, para peniaga adalah diingatkan agar lebih bertanggungjawab serta menghormati harta intelek orang lain di samping sentiasa berusaha membuat semakan status kesahihan dan ketulenan barangan yang dibekalkan.

“Pengguna juga dinasihati supaya tidak menyokong jualan barangan tiruan di pasaran yang belum tentu terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular