HomeUtamaAdun Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah

Adun Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah

Read Time:56 Second

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman terhadap Choo Kiong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bekas exco kerajaan negeri itu berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan lapor utusan Malaysia.

Choo Kiong memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket DAP sebelum keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Disember 2020 sebagai ahli bersekutu.

Terkini, beliau menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sejak Januari lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular