HomeUtamaRM72.4 juta zakat harta berjaya dikutip sehingga Isnin lalu

RM72.4 juta zakat harta berjaya dikutip sehingga Isnin lalu

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak RM72.4 juta zakat harta berjaya dikutip menerusi Pusat Zakat Sabah (PZS) dengan zakat penggajian menjadi penyumbang utama kepada pungutan berkenaan.

Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Ramlan Awang Ali berkata, zakat penggajian telah menyumbang sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pungutan zakat harta di negeri ini yang direkodkan sehingga 25 Julai lalu.

“Zakat perniagaan merupakan kedua terbanyak dengan RM29.2 juta daripada keseluruhan kutipan zakat berjumlah RM81.2 juta.

“Ini menunjukkan bahawa kesedaran individu untuk menunaikan kewajipan berzakat semakin meningkat. Hasil kutipan zakat ini akan digunakan bagi menyantuni golongan asnaf yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Dalam kunjungan tersebut, Tun Juhar menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria berjumlah RM1,094,809 kepada Bahagian Zakat Dan Fitrah, MUIS.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pencegah Batuk Kering Sabah (SABATA), Masdah Enti dan rombongan bertujuan mendapat perkenan Tun Juhar selaku Penaung SABATA untuk melaksanakan kutipan dana melalui penjualan bendera SABATA. 

Hasil kutipan tersebut akan digunakan bagi aktiviti-aktiviti kesedaran pencegahan penyakit batuk kering kepada umum serta meringankan beban rawatan penghidap batuk kering di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya