Lapan pempamer sertai pameran AgroTech MAHA 2022

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 20 Second

PUTRAJAYA : Sebanyak lapan pempamer akan menyertai pameran Pavilion AgroTech Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 yang akan diadakan selama 11 hari bermula 4 Ogos ini.

MAHA 2022 akan diadakan bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Majlis Pelancaran Pavilion AgroTech MAHA 2022 telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu majlis di Lobi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Wisma Tani, di sini hari ini.

Antara pempamer tersebut terdiri daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Agrobank, Bioeconomy Corporation, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Aerodyne Group dan SAT.ASIA.

Pameran pavilion AgroTech MAHA 2022 yang berkeluasan 3,240 kaki persegi di Dewan D2, MAEPS, Selangor akan mempamerkan teknologi pertanian terkini yang bertemakan revolusi industri 4.0 (IR4.0) seperti Internet of Things (IoT), sistem pengurusan ladang pintar (smart farming), kilang tanaman (plat factory), dron pertanian, teknologi robotik, pengurusan data pertanian, sistem maklumat geografi (GIS) dan bioteknologi.

Pada masa yang sama, AgroTech MAHA 2022 telah direncanakan dengan program lain seperti pocket talk, robotic demonstration dan perkongsian ilmu daripada pempamer.

Pengisian sepanjang tempoh pameran AgroTech MAHA 2022 ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai teknologi pertanian terkini.

Bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’ atau ‘Food Security for the Future’, MAHA 2022 yang diadakan secara dwi-tahunan ini walaupun secara khusus adalah mengenai pertanian, hortikultur dan agro-pelancongan, ianya telah berkembang sehingga menjadi sebahagian dari landskap negara yang mempamerkan kemajuan serta pencapaian Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pameran, sila layari https://mahaexpo.my/

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *