HomeEkonomiPMU Tambalugu, Inanam kurangkan gangguan elektrik di sekitar Tuaran, Kota Kinabalu

PMU Tambalugu, Inanam kurangkan gangguan elektrik di sekitar Tuaran, Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 20 Second

BERNAMA

Ganguan elektrik di sekitar Tuaran dan Kota Kinabalu dijangka dapat dikurangkan dengan beroperasinya dua Pencawang Masuk Utama (PMU) di Inanam dan Tambalugu baru-baru ini.

Pengarah Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBK) Ismail Hashim berkata dua PMU yang mula dibina pada 2019 itu mula beroperasi masing-masing pada April dan Mei lepas dengan menaik taraf sistem bekalan elektrik 66kV kepada 132kV.

“Pembinaan kedua-dua PMU berkenaan adalah pelan jangka panjang untuk mengurangkan gangguan bekalan elektrik serta membekal kapasiti tenaga yang lebih besar ke kawasan sekitar Tuaran dan Kota Kinabalu dengan kos selenggaraan yang lebih optimum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan PMU berkenaan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini hari ini yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Rosli Isa.

Mengulas lanjut, Ismail berkata dua PMU berkenaan juga dapat meningkatkan daya elektrik, sekali gus mampu mengatasi masalah beban rendah di sekitar kawasan berkenaan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada SESB yang sama-sama menyumbang masa, kepakaran, bantuan ke arah penyiapan projek bekalan elektrik Sabah ini. Sekalung penghargaan juga buat pihak berkuasa tempatan, seperti pihak Jabatan Kerja Raya sehingga projek ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata kerajaan Persekutuan sangat komited dalam memastikan kualiti dan perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah mampan.

“Pelbagai usaha dilaksanakan untuk memastikan pembekalan elektrik yang cukup melalui pengukuhan sistem penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 57 projek penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik dengan kos RM2.3 bilion dalam bentuk geran telah disalurkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya