HomeLuar negaraMan United kembali dapat sentuhan Ferguson

Man United kembali dapat sentuhan Ferguson

Read Time:54 Second

AGENSI

MANCHESTER: Alex Ferguson kembali ke Manchester United selepas ketua eksekutif kelab Richard Arnold memerlukan nasihat bekas pengendali legenda itu.

Arnold menubuhkan pasukan dianggotai Ferguson, bekas Ketua Pegawai Eksekutif David Gill, bekas kapten Bryan Robson dan pengarah bola sepaknya John Murtough untuk membantunya dalam mengembalikan kegemilangan United.

Ia akan memberikan Ferguson peluang untuk berkongsi pengalamannya secara lebih dekat sejak meletak jawatan sebagai pengendali hampir sedekad lalu.

Pertemuan di Carrington Selasa lalu – yang secara kebetulan pada hari sama Cristiano Ronaldo pulang daripada bercuti – adalah sesi pertama pasukan dibarisi lima individu berpengaruh United itu.

Walaupun Ferguson dan Gill kekal berada lembaga pengarah kelab sebagai pengarah bukan eksekutif sejak melepaskan jawatan pada tahun 2013, ia tidak memberi kesan kerana bekas ketua eksekutif United Ed Woodward lebih cenderung mengikut caranya sendiri.

Pada usia 80 tahun, dan selepas pulih daripada pendarahan otak pada tahun 2018, bekas pengendali dari Scotland itu tidak mampu memainkan peranan secara aktif di Old Trafford.

Namun Arnold, yang menggantikan Woodward pada Februari, merasakan pengetahuan dan pengalaman Ferguson amat penting untuk United.

Sepanjang 26 tahun setengah membimbing United, Ferguson berjaya mengumpul 38 trofi.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular