HomeUtamaBekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia Tokoh Maal Hijrah Sabah 1444H

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia Tokoh Maal Hijrah Sabah 1444H

Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KOTA KINABALU: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia Datuk Jasri @ Nasip Matjakir,60, dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1444H peringkat negeri Sabah pada tahun ini.

Anugerah disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini hari ini.

Jasri sebelum ini pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sabah pada 1996 sehingga 2010 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Sabah selama hampir sembilan tahun bermula 2010.

Beliau yang berasal dari Kampung Tuarid Taud Keningau dipilih sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah negeri Sabah pada tahun ini berdasarkan sumbangannya dalam keagamaan dan kemasyarakatan termasuk pernah menjadi Penasihat Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia selama tiga tahun bermula 2019.

Ketika ditemui, Jasri berkata, beliau berasa syukur dengan pengiktirafan yang diberikan khususnya kepada penjawat awam dan ia menjadi satu dorongan untuk terus berkhidmat meskipun telah menamatkan perkhidmatan wajib.

Tun Juhar menyampaikan anugerah kepada Datuk Jasri @ Nasip Matjakir – Foto JAPEN

“Ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada Universiti Al-Azhar dimana sebelum ini kebanyakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah adalah berdasarkan penglibatan politik namun kali ini dilihat dalam perkhidmatan awam khususnya bidang kehakiman.

“Secara peribadi, sebenarnya saya bukan yang terbaik dan layak untuk dinobatkan sebagai tokoh namun sekurang-kurangnya ini adalah sebagai satu pengiktirafan kepada bakal-bakal penerima yang akan datang juga terdiri dari golongan terbaik,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para penjawat awam untuk terus memegang amanah yang diberikan selain mengelak diri dari terjebak dengan salah guna kuasa.

“Amanah yang kita pegang patut kita laksanakan dan ditunaikan dengan sebaik mungkin supaya impak dapat diterima dan dinikmati oleh rakyat,” katanya.

Tun Juhar ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sabah – Foto Japen

Terdahulu, Juhar dalam perutusannya mahu setiap lapisan masyarakat terus mempertahankan amalan hidup bermuafakat dan bersatu padu sebagai sebuah Keluarga Malaysia selaras dengan tema sambutan Ma’al Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’.

Katanya, Peristiwa Hijrah yang berjaya menjalinkan hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan biarpun berlainan budaya dan keturunan tetapi bertunjangkan Islam dan sifat kasih sayang yang membina amalan kekeluargaan melalui penerapan nilai murni, kebersamaan, berkasih sayang dan saling menghormati sesama sendiri.

Selaras dengan aspirasi tersebut, ianya perlu menjadi agenda utama dalam menerarpkan elemen kekeluargaan dalam pembinaan masyarakat yang rahmah kepada setiap lapisan.

Beliau turut berharap dengan kehadiran tahun baharu ini akan menjadikan setiap umat Islam bersiap siaga dalam menghadapi cabaran yang semakin mencabar.

Hadir sama pada sambutan itu, isteri Tun Juhar Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya