HomeSukanSK Perancangan ungguli Kejohanan Bola Baling MSSD Beluran

SK Perancangan ungguli Kejohanan Bola Baling MSSD Beluran

Read Time:45 Second

BELURAN: Pasukan mewakili Sekolah Kebangsaan (SK) Perancangan di sini berjaya mengungguli kejohanan bola baling Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Beluran yang berakhir kelmarin.

Sekolah berkenaan yang menjadi tuan rumah berjaya mengalahkan lima buah sekolah lain sebelum dinobatkan sebagai pemenang pingat emas bagi kategori perempuan.

Guru Besar SK Perancangan, Aning Enong berkata, pasukan perempuan bola baling sekolah mereka telah melakukan latihan kira-kira dua minggu sebelum kejohanan berlangsung.

Katanya, meskipun tempoh latihan agak pendek namun pasukan mereka mampu memberikan hasil yang positif.

“Lebih membanggakan apabila seorang pemain kami, Syifa Afidah Darulshah, turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan 43 jaringan.

Dalam pada itu, empat pemain sekolah juga turut terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.

“Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain kami dan guru yang terlibat kerana bertungkus-lumus melatih pasukan sekolah ini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Katanya, ia merupakan kali kedua SK Perancangan dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan berkenaan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 800 atlet sertai MASUM Fasa Satu 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya