HomeIsu tempatanBantu kesan dua beradik hilang sejak Selasa lalu

Bantu kesan dua beradik hilang sejak Selasa lalu

Read Time:1 Minute, 13 Second

BELURAN : Orang ramai khususnya disekitar daerah ini diminta untuk sama-sama membantu mengesan dua beradik yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa yang dikenali sebagai Nur Hawa Syaqira Jeif, 12 dan adiknya Nurul Syuhada Asyiqim Jeif,9, telah dilaporkan hilang dari rumah keluarga mereka di Ladang Monsok, di sini.

Katanya, kedua-dua beradik itu telah dilaporkan hilang kira-kira jam 10 pagi.

“Bapa mangsa Jeif Wong yang berusia 46 tahun memaklumkan kali terakhir melihat mangsa adalah pada hari anaknya dilaporkan hilang kira-kira jam 8 pagi di rumah mereka sebelum bapa mangsa turun bekerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kasim berkata, pihaknya polis turut menerima laporan berhubung kejadian pada Rabu kira-kira jam 10.24 pagi.

Katanya, pada kebiasaan bapa mangsa akan meninggalkan mangsa di rumah sahaja untuk pergi bekerja.

“Susulan kejadian, bapa mangsa juga ada menviralkan kehilangan anak di laman sosial agar dapat membantu pencarian.

“Selepas itu, ada saksi mendakwa melihat kedua-dua mangsa hilang di Hotel London, Sandakan,” katanya.

Kasim berkata, bagaimanapun setakat ini, kedua-dua mangsa masih gagal ditemui dan operasi mencari sedang giat dijalankan di sekitar Ladang Monsok dan Hotel London, Sandakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua mangsa boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran ditalian 089 511222.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fakhrullah Wahab ditalian 013-5126121, atau pergi di mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya