HomeIsu tempatanMedic Aid Society santuni penduduk luar bandar Sabah adakan program berkhatan

Medic Aid Society santuni penduduk luar bandar Sabah adakan program berkhatan

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Seramai 113 orang kanak-kanak lelaki luar bandar telah dikhatankan dalam satu Program Santunan Sabah anjuran Medic Aid Society melibatkan beberapa kampung di Negeri Sabah baru-baru ini.

Seramai 16 orang rombongan Medic Aid Society dari Selangor termasuk lima orang sukarelawan yang diketuai oleh Dr. Syariz Sehat telah menjalankan majlis berkhatan bermula 25 Julai hingga 30 Julai 2022 bertempat di Kg Salong, Nabawan, Pagalungan dan Ranau.

Dalam pada itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, selain acara berkhatan, rombongan mereka juga telah menjalankan saringan kesihatan dan mengagihkan 50 pek sumbangan makanan kepada penduduk kampung terlibat.

Katanya, mereka amat teruja dapat melaksanakan program tersebut dengan jayanya walaupun ada beberapa tempat seperti perjalanan dari Kg Salong menuju ke Pagalungan sangat mencabar mental dan fizikan ahli rombongan mereka.

“Cabaran perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda dengan keadaan jalan yang berlumpur, licin dan berbatu-batu, seterusnya menaiki bot dengan arus deras sungai yang airnya seperti teh pekat berserta apungan kayu yang banyak sangat menguji ketahanan mental kami untuk sampai ke destinasi.

“Aktiviti khatan yang kami lakukan di Kg Salong. Awalnya kami dijadualkan untuk mengkhatan 20 peserta tetapi masalah pengangkutan peserta dari Pensiangan membatasi jumlah sebenar peserta.

“Dalam keadaan perjalanan yang tidak mengizinkan kami terpaksa bergegas kembali ke Nabawan sebaik sahaja selesai mengkhatankan peserta, ” kata kenyataan itu.

Sementara itu, dalam membantu usaha ini, Medic Aid Society turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin berinfaq boleh menggunakan pautan ini, https://infaqpay.my/plus/santunan-sabah-medicaid

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Presiden Persatuan Alumni KTYS terima Darjah Kebesaran P.G.D.K

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular